Dato Aliff Syukri hati meronta nak bercuti, shopping luar negara

2,245 views

Pada tahun ini, ramai yang terkesan dengan keadaan berlaku, semua kerana adanya wabak Covid. Ada yang sudah pening kepada kehilangan punca pendapatan dan ada yang business tak dapat dijalankan kerana sekatan border yang berlaku.

Ahli perniagaan berstatus jutawan iaitu Dato Seri Aliff Syukri juga terpalit sama, ada luah rasa sedih harinya baru-baru ini.

Melalui satu entry, Aliff Syukri akui sedih kerana tidak dapat nak keluar negara untuk bercuti pada tahun ini. Jom baca caption yang ditulis oleh Aliff Syukri.

Saya rasa amat sedih. Hati ni dah meronta-ronta kerana merindui untuk bercuti di over sea. Dah jadi kebiasannya, pada hujung tahun, tengah tahun, pastinya saya akan pergi bercuti ke over sea untuk shopping. Akan tetapi, pada tahun ini rasa amat janggal dan pelik, tidak tahu berapa lama dah covid ni. Berapa lamakah agaknya situasi ini akan berlaku. Oh tuhanku, cepatlah berlalu, ianya amat memeningkan. Bukan saja ekonomi dah teruk namun semua turut terjejas, emosi mental semuanya”.

Status dari Aliff Syukri menerima banyak komen dari netizen dan followernya. Rata-rata kurang setuju dengan Aliff Syukri kerana bagi netizen, ramai di luar sana kini sedih kerana terjejas punca pendapatan.

Ini antara komen netizen: “Dato risau nak pergi bercuti. Kat luar sana tu ramai yang risau tak dapat cari duit untuk sara family dorang, kesian sangat. Tak dapat bercuti tapi duit bertimbun tak ape dato, dari tak dapat nak makan”.

Ada juga netizen berkata, patut Aliff Syukri bersyukur kerana semua family ada dekat dengannya berbanding ada yang dah berbulan tak dapat bertemu.

Ini komen dari Dian Fiorenza: “Tak payah nak sedih nau. Orang lain dah berbulan tak dapat nak jumpa mak ayah berpisah dengan suami dengan anak. Brsyukur la Dato masih lagi dekat dengan family. Oversea shopping tu bila pun boleh je pergi”.