Sejak free hair Sarah Hildebrand hilang seri, nampak berumur – netizen

5,522 views

Pada bulan yang lepas, pelakon berdarah kacukkan iaitu Sarah Hildebrand telah mengumumkan bahawa dia kini telah kembali free hair dan telah pun membuka tudung, tidak lagi menutup aurat.

Pengumuman berkenaan membuatkan para netizen di luar sana berasa terkejut dan tak sangka setelah lebih kurang 5 tahun berhijrah, namun Sarah membuat keputusan sedemikian.

Laman media milik Sarah Hildebrand kini sering jadi tumpuan. Setiap kali dia muatnaik gambar terbarunya yang tak lagi berhijab, memang banyak komen yang diterima.

Memang ada peminat yang setia, selalu menulis komen positif kepada Sarah, dan ada mendoakan agar pelakon ini akan kembali dapat hidayah untuk kembali berhijrah.

Namun begitu, lumrah sebagai seorang selebriti terkenal, memang akan ada netizen yang menulis kurang baik kepada artis.

Ada satu foto baru yang diupload oleh Sarah Hildebrand, yang mana ramai mengatakan wajahnya sudah hilang seri.

Malah ramai juga komen bahawa wajah pelakon ini kelihat lebih tua berbanding dulu. Ada juga menulis bahawa ketika memakai tudung, wajahnya kelihatan lebih jelita.

Ini antara komen yang ditulis netizen di gambar berkenaan.

Raffyfy Ramli menulis: “Actually, saya lebih suka Sarah Hildebrand yang dulu. I hope you always be strong”.

Puteri pula menulis: “Pakai tudung kan lebih cantik”.

Pengguna bernama Hisham Lyna juga ada mengatakan Sarah kelihatan agak berumur: “Nampak tua bila Sarah tak pakai tudung”.

Fazy Baby: “Don’t mind me saying you look kinda mature, probably the hairdo”.

Ini pula yang ditulis oleh Hayda Scarfbysaz: “Pakai tudung lagi lawa lah Sarah”.

Nasihat yang ditulis oleh Puteri Elena Megat: “Rancangan masak-masak untuk tayangan bulan Ramadhan kan lebih bagus jika memakai tudung”.

Sadaf Hussain pla beri pendapat: “Cantik lagi kalau pakai tudung sis. Dah lain muka sis nampak sekarang

Kemudian ada juga komen yang ditulis oleh Nurnazihahbedrus: “Cantik memang cantik orangnya, tak dinafikn tapi lebih cantik pakai tudung mungkin sebab kelihatan dahi luas kot”.

Apapun, mungkin solekan atau style rambut yang dikenakan oleh Sarah digambar itu membuatkan kelihatan hilang seri. Sarah Hildebrand memang cantik selalu sebenarnya.