Kenyataan penuh: Datuk Eizlan Yusof saman Datuk Hans Isaac

2,280 views

Semalam, ada isu yang berlaku melibatkan dua selebriti bergelar datuk iaitu Datuk Seri Eizlan Yusof dan juga Datuk Hans Isaac.

Datuk Eizlan Yusof telah bertindak nak saman Datuk Hans Isaac kerana penyebaran berita yang tak betul terhadapnya beberapa hari lepas.

Eizlan telahpun melantik peguam, dan kini dalam proses untuk ambil tindakan undang-undang kepada Hans Isaac setelah Hans dikatakan menuduh Eizlan Yusof salah guna kuasa.

Perkara ini membuatkan Eizlan rasa malu selain reputasinya agak tercalar. Ini kenyataan rasmi dari Eizlan Yusof.

“Saya teramat kecewa dengan segala tuduhan tak berasas yang dibuat oleh bekas Pengerusi FINAS, Hans Isaac. Saya sebagai Ahli Lembaga Pengarah FINAS sentiasa pegang dengan prinsip integriti. Hal ini telah membuatkan nama, imej dan reputasi tercemar”.

“Dikatakan saya terbabit dengan penyalah gunaan kuasa melibatkan syarikat produksi bernama Excellent Pictures. Syarikat ini disebut ada terima geran Dana Kandungan Digital dari pihak FINAS”.

“Untuk info, syarikat Excelent Pictures tak ada kaitan dengan saya. Ini termasuklah jawatan pengarah ataupun pemegang saham, saya tak terlibat dengan syarikat ini”.

Tentang tuduhan oleh Hans Isaac, dikatakan perkara ini dibuat melalui group whatsapp Persatuan Penerbit Filem Malaysia yang mana dalam tu ada lebih kurang 200 orang.

“Ramai orang industri termasuklah penerbit ada dalam group whatsApp itu. Saya tidak pasti apa niat Hans Isaac bila dia buat dakwaan di whatsapp group itu. Nampak seperti ada hal personal dengan saya”.

“Dakwaan oleh Hans Isaac ini tak benar sama sekali. Ianya telah viral sekaligus membuat nama baik, reputasi saya agak terjejas. Selain itu ianya turut membuat focus saya terganggu dan terima pelbagai tekann”.

“Kerjaya serta perniagaan saya turut terjejas teruk juga. Reputasi dan kredibiliti sebagai Ahli Lembaga Pengarah FINAS tercemar”.

Tentang isu geran dari FINAS, ianya telah diberi secara telus malah dipaparkan nama penerimanya.

“Pihak FINAS amanah dalam jalankan responsibility yang diberi oleh pihak kementerian. Seperti pemberian geran DKD, pihak FINAS telah tunjuk nama penerima”.

“Sebagai bekas Pengerusi FINAS, Hans Isaac patut dah tahu semua aturannya. Tak ada hal yang nak disembunyikan pun. Kalau tak puas hati patut datang ke FINAS”.