Seif Jamalullail bapa kepada Dai Syed akui dia ada menerima mesej dari individu yang mengaku mangsa anaknya. Melalui satu status, Seif Jamalullail telah buat satu kenyataan rasmi setelah ramai yang bertanya kepadanya, berkaitan isu anaknya itu.
Antaranya, Seif Jamalullail mendedahkan bahawa dah dua tahun Dai Syed tak membalas dan beri respon kepada mesej yang dihantar kepada anaknya.
“Semua dah sedia maklum bahawa Dai Syed itu merupakan anak saya. Hari ini banyak mesej yang diterima ke inbox saya berkenaan isu viral. Masing-masing tengah tunggu balasan saya. Ini saya mahu nyatakan kepada semua yang bertanya”.
“Semua didikan yang saya berikan padanya sejak daripada kecil lagi adalah berdasarkan saranan agama. Tindakan untuk tegur dan bagi nasihat telahpun saya usahakan sebaiknya”.
“Namun begitu, dah tiada lagi upaya, apabila semua mesej saya itu, telah diabaikan olehnya. Kini dah 2 tahun, tiada reply pun walaupun sepatah”.
“Akhirnya saya hanya mampu serahkan urusan untuk menegur ini kepada Allah untuk adili dirinya. Jika benar tuduhan yang telah jadi tular ini, saya minta Allah kembalikan anak saya ke jalan yang benar dan diredhai sebelum ianya terlambat. Saya lebih rela sekiranya anak saya diadili didunia ini dari dihadap di akhirat kelak”.
Kemudian bapa kepada Dai Syed ada memberi saranan kepada wanita yang dakwa pernah jadi mangsa agar buat report agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
“Isu macam ini sebenarnya dah lama, hari ini dah jadi kecoh pula. Kami sekarang sudah letih nak hadap isu seperti ini, apatah lagi adik-adiknya sekarang ni masih belajar, mereka tertekan dengan soalan dari kawan kat sekolah”.
“Kepada mereka yang pernah contact saya dan ngadu pada saya, mereka yang ngaku jadi mangsa, pergi report hal ini pada pihak berkuasa supaya siasatan dapat dibuat dan tindakan boleh diambil. Saya beri jaminan, saya tak akan pertahankan atau sebelahi anak saya, jika dia memang buat seperti yang didakwa”.
Sebagai seorang bapa, ini pesanan dari Seif Jamalullail kepada anaknya Dai Syed.
“Kepada Dai Syed, kalau betul kamu berakhlak tak elok seperti yang didakwa, jangan kamu guna agama sebagai topeng untuk tutup perbuatanmu. Tinggalkan dunia selebriti itu dan kembali ke jalan yang lurus. Kami rindu Iqmal yang dulu”.
Itulah kenyataan dari bapa kepada pendakwah muda, Dai Syed.