Penyanyi dari kumpulan K-Clique iaitu Tuju dah selamat bergelar bapa apabila isterinya Locca B selamat melahirkan anak sulung.
Melalui satu siaran live, rancangan Meletop, Tuju mengesahkan hal berkenaan dan turut mendedahkan nama anak sulungnya itu, baby boy.
Nama yang dipilih oleh pasangan suami isteri ini ialah Bintang Aiko, satu nama yang teramatlah unik.
“Syukur alhamdulillah, Locca B selamat bersalin dan sekarang sedang berpantang di rumah. Selama dua minggu ini saya tidak dapat nak bersama baby saya yang baru lahir itu sebab sedang kuarantin. Nama baby saya Bintang Aiko”.
Tuju bercerita tentang kisah anak sulungnya itu ketika ditanya oleh Nabil Ahmad dan hos undangan Uyaina Arshad secara live malam tadi.
Tentang perkembangan terkini, Tuju kini sedang jalani tempoh kuarantin sendirian di rumah, dan sekarnag ni banyak habiskan masa untuk compose lagu, bikin lagu baru.
Katanya lagi, tentang swab test yang dijalankan, ianya telah disahkan bahawa keputusannya adalah negative.
Tuju antara artis yang buat kuarantin kerana merupakan close contact dengan penyanyi Aliff Satar ketika peringkat separuh akhir rancangan Muzik-Muzik.
Diimbas kembali, anggota kumpulan K-Clique ini akhirnya buat pengakuan telahpun bernikah dengan penyanyi rap Locca B yang popular dengan lagu Cute.
Namun begitu, Tuju dan Locca B tidak mahu bercerita tentang perkahwinan mereka, termasuk tarikh mereka disatukan atas alasan ianya sesuatu yang terlalu peribadi.
Kalau yang belum tahu, Tuju antara peserta dalam rancangan the masked singer, disebalik topeng mascot orang utan. Penyertaan Tuju dalam rancangan berkenaan, menerima respon positif dan dipuji ramai kerana Tuju berjaya menonjolkan kekuatan vocal nyanyiannya selain kehebatannya dalam bidang rap.
Apapun, tahniah diucapkan kepada Tuju dan Locca B di atas kelahiran anak sulung mereka bernama Bintang Aiko.