Pentas akhir Gegar Vaganza musim ketujuh ini penuh juga dengan beberapa drama dan isu. Terutama yang paling nyata melibatkan salah seorang pesertanya iaitu penyanyi irama Malaysia, Noraniza Idris.
Sejak menyertai rancangan ini, Noraniza Idris menerima beberap komen dari para penonton yang mana mereka kurang gemar mendengar nyanyiannya ketika membawa lagu bukan dalam genre irama Malaysia.
Antara penonton yang lantang menyuarakan pendapat tentang Noraniza Idris ialah Michael Ang. Pengarah ini secara jujur mengatakan suara Noraniza Idris sebagai sengau.
Oleh itu ketika, selesai persembahan Noraniza di final GV7, ketika juri memberi komen nama Michael Ang dilihat seperti disindir oleh pengacara dan juga juri.
Nabil dan Tok Ram dilihat mengetuk mikrofon dan pengacara mengatakan “Mic okey tak, sorry mic problem” dan ianya dicakap berulag kali. Mic itu seperti merujuk kepada Michael Ang yang sinonim dengan panggilan mesra Mike.
Melihat dirinya disindir secara live dan nama jadi trending, Michael Ang tak mudah melatah, dan pengarah ini memberi respon yang agak bersahaja. Jom lihat responnya.
“Hey kenapa orang lain yang penat-penat menyanyi buat persembahan, tapi nama aku yang trending ni. Why, kenapa, malulah kita macam ni. Haha mic ok!”
“Alaa relax saja lah. Biasalah tu kalau kena carut macam ni Mike ok saje” Itu yang ditulis oleh Michael Ang.
Walaupun Michael Ang nampak relaks dan chill, namun tidak agi penonton dan peminat Michael Ang yang lain. Ada beberapa netizen meluahkan rasa kurang senang dengan sindirian seperti itu.
“Seriously sampai begitu nak backup diri sendiri. Yang lain tu pula nak perli macam tu. Sangat tak professional. Kita ni dengar dan komen sebagai pendengar, penonton, bukan sebagai ahli muzik” Itu komen seorang netizen.
Seorang penonton bernama Alim Apiz berkata: “Tak profesional langsung, boleh main bahan nama orang macam tu”.
Ini pula tambah seorang lagi penonton: “Budak dua ekor ni tak habis nak perli orang, ingat lawak ke, menyampah lag ada la…asyik sebut mic banyak kali”.
Itulah antara momen dan memori yang berlaku sepanjang Gegar Vaganza musim ketujuh ini. Namun untuk info, Michael Ang bukan komen untuk musim ni saja, musim sebelum ni pun, memang Mike selalu beri komen jujur tentang peserta Gegar Vaganza yang lepas.