Dah nampak baby bump, Ayu Raudhah sah hamil anak kelima

3,161 views

Pada bulan Disember tahun 2020, usia pelakon Ayu Raudhah kini sudah menjengah ke angka 36 tahun. Dan sempena hari jadinya, Ayu Raudhah mengesahkan satu berita yang amat baik.

Adik kepada Rozita Che Wan ini, telahpun mengesahkan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua, sedang mengandung anak kelima. Pengumuman dibuat olehnya di satu posting di laman media sosial miliknya semalam.

Ayu Raudhah memuatnaik beberapa keping gambar ketika dia meraikan hari jadinya bersama rakan.

Dilihat melalui sekeping foto, ada jelas ternampak baby bump Ayu Raudhah, dan kemudian, Ayu mengatakan di ruangan caption bahawa memang betul dirinya kini sedang hamil anak kelima.

Cinta tiada penghujung, bersama suami Zaquan Adha. I feel loved, I feel special. Yes I am pregnant again”.

Sebenarnya rakan-rakan Ayu Raudhah yang berganding bahu nak buat kejutan untuk pelakon ini, surprise birthday party untuk Ayu Raudhah.

Ayu Raudhah berkata dia bersyukur dikelilingi orang yang baik dan sentiasa positif. “Terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan-rakan yang perah otak fikir, luangkan masa, tenaga, dan juga duit untuk plan buatkan parti hari jadi secara surprise utuk Ayu. Yang uruskan, fikir tema, cari tempat majlis, design decoration, belanja makan, tiada perkataan lain yang terlintas, syukur sangat dikurniakan orang sekeliling yang baik-baik buat Ayu. Alhamdulillah, thanks”.

Para follower dilihat menulis ucapan hari jadi, disamping ucapan tahniah di atas kurniaan rezeki anak kelima Ayu Raudhah.

Diimbas kembali, Ayu Raudhah bernikah dengan pemain bola sepak, Zaquan Adha Abdul Radzak pada tarikh 21 Januari tahun 2011.

Sepanjang 9 tahun berkahwin, Ayu Raudhah dan Zaquan mempunyai empat anak. Tiga lelaki dan seorang perempuan.

Melihat Ig milik Zaquan, dia ada muatnaik gambar bersama isterinya itu dan menulis ayat ini ‘mambo number five’.

Rozita Che Wan ada menulis komen mahu mereka dapat seorang lagi anak lelaki namun Zaquan berkata dia mahu anak perempuan lagi seorang.