Ini luahan penuh dari Kacak, anak DS Vida, terasa hati

3,192 views

Pada hari Ahad yang lepas, memang busy habis family ahli perniagaan berstatus jutawan iaitu Dato Seri Vida. Mana taknya, Dato Seri Vida telah hadir ke TV3 untuk jadi artis jemputan rancangan Cinta Lagu Kita yang diacarakan oleh Diva Azwan Ali dan Elly Mazlein.

Manakala anaknya, Cik B pula telah datang ke program Anugerah MeleTop Era anjuran Astro.

Melihat betapa busy nya kedua mereka ini, Kacak iaitu anak lelaki kepada Dato Vida telah luah perasaan dan terasa hati. Katanya dia bukan sesiapa pun dan hanya tahu habiskan beras sahaja.

Hal ini didedahkan oleh Dato Seri Vida menerusi satu posting di laman media sosial miliknya.

Ini tulis Dato Seri Vida: “Huhu kesiannya pada Kacak. Dia rasa dia ni no body. Kata dia hanya habiskan duit mama dia saja. Mama selalu cakap Cik B saja anak mama yang hebat. Tapi Kacak? Cik B sekarang dah boleh cari duit sendiri. Sebenarnya Mama sayang semua anak-anak mama.”

Ini antara luahan dari Kacak melalui satu mesej di Whatsapp. “Mama pergi TV3, Cik B pergi Anugerah MeleTop Era, tapi Kacak pergi rumah saja. Ya la Kacak ni kan nobody. Kacak hebat dalam satu bidang saja, eh bukan dua bidang saja iaitu jadi tunggul kayu dan habiskan duit mama.”

Diruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat kepada Kacak. Kata mereka, ketika ini adalah masa untuk Cik B dan Vida untuk bersinar dan masa untuk Kacak akan tiba nanti.

Antara yang memberi komen kata-kata semangat termasuklah artis terkenal Achey, Michael Ang dan Salina Saibi.

Ada juga komen dari netizen meminta Dato Seri Vida beri perhatian kepada Kacak selepas ini. Dan ada juga mengatakan Kacak ini ada bakat untuk memasak dan boleh mengasah bakatnya itu.

Memang betullah apa yang dikatakan tu, masa Kacak akan tiba untuk bersinar nanti. Tunggulah beberapa tahun lagi.