Sila delete sekarang! Atau saya buat report polis

3,274 views

Satu amaran diberi oleh pelakon terkenal Fauzi Nawawi setelah ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan gambar dia dan keluarga.

Menerusi satu posting di IG, Fauzi Nawawi menegaskan agar pihak berkenaan menurunkan dan padam segala gambar dirinya dan keluarga yang digunakan tanpa kebenaran.

Akaun berkenaan menggunakan gambar Fauzi Nawawi dan Lisdawati untuk promosikan satu cabang perlaburan.

“Salam kepada semua, semoga anda dan family akan sentiasa dilindungi Allah dari sebarang kesulitan dan juga kesusahan hidup.”

“Saya ni tak suka nak marah pagi-pagi akan tetapi tolonglah jangan buat hal yang boleh menaikkan amarah orang lain dengan buat kerja tidak betul macam gini. Kepada accaunt Facebook dan juga Insta ini, sila delete gambar saya dan family yang tak ada kena mengena dengan pelaburan anda.”

“Kami tidak tahu menahu pun tentang pelaburan berkenaan dan gambar kami sekeluarga telah dijadikan sebagai alat untuk tarik minat pelabur.”

Fauzi telah memberi satu peringatan kepada pihak berkenaan, dan jika gambarnya masih lagi ada dan digunakan dalam tempoh 12 jam, satu report polis akan menyusul.

“Jika minta izin at least kami tahu tentag perlaburan ini. Tapi kalau pelaburan ini sejenis scammer orang, apa akan jadi pada pelabur dan family saya nanti. Saya minta accaunt ini delete dalam masa 12 jam dari sekarang atau saya akan buat report polis.”

“Sebenarnya saya tidak kisah jika gambar kami digunakan untuk tujuan promosi produk atau program yang beri manfaat kepada orang lain, namun jangan nak salah gunakan.”

“Saya mahu ucapkan terima kasih pada yang tampil beritahu saya tentang akaun yang guna pakai gambar artis dan celebrity. Saya harap mereka semua akan ber kerjasama.”

Ini antara pihak yang gunakan gambar family Fauzi Nawawi tenpa kebenaran.

Gambar Fauzi Nawawi, Lisdawati dan anak-anak itu adalah gambar ketika sambutan hari raya pada bulan Mei yang lalu.