Penyanyi terkenal berumur 22 tahun iaitu Tajul dikhabarkan bergaduh besar dengan composer dan juga pencipta lagu terbarunya di sebuah studio.
Insiden berkenaan berlaku ketika Tajul merakamkan lagu single terbarunya berjudul Izinkan Aku hasil ciptaan composer baru, Tuah Adzami.
Tajul dan Tuah Adzmi dikatakan telah bertikam lidah dan malah hampir berlakunya kejadian bertumbuk.
Semuanya berlaku setelah Tuah mengatakan Tajul tidak serius ketika sesi rakaman dibuat.
Menjawab isu berkenaan ini penjelasan dari Tajul tentang apa yang berlaku.
“Saya kalau boleh memang tak mahu dah cerita tentang kejadian ini, sebabnya saya tak suka hal ini dibesar besarkan, ianya perkara yang remeh saja.”
“Namun kalau dia masih masam muka, itu merupakan hak dialah. Ini kerana saya lebih suka ambil sikap professional.”
“Ya memang betul, saya akui ada buat silap, tapi bila dia tak mahu fahami tentang keadaan saya ketika itu dan mula tuduh yang saya buat rakaman sambil lewa, saya memang tidak boleh terima.”
“Pada ketika itu, kebetulan saya tak berapa nak sihat dan tidak cukup tidur sebab malam sebelum tu anak saya ada meragam.”
“Oleh yang demikian, saya tak dapat beri tumpuan penuh dan suara saya agak kurang baik ketika menyanyi nak rakam lagu.”
Melihat keadaan yang kurang baik, Tajul kemudian memohon untuk tangguhkan sementara sesi rakaman berkenaan, namun Tuah terus memaksanya selesaikan segera.
Malah Tuah juga dikatakan ada keluarkan perkataan yang tak berapa baik kepada Tajul ketika itu.
“Saya cuma minta tangguhkan namun dia paksa saya selesaikan rakaman vokal dan mengeluarkan kata-kata yang tak sedap saya dengar. Ini cabar tahap kesabaran saya.”
Ketika kejadian, Tajul hampir meninggalkan studio disebabkan naik angina dengan sikap Tuah Adzmi.
Akan tetapi ada wakil dari pihak FMC ada hubungi mereka berdua, dan pergaduhan mereka terlerai. Proses rakaman juga dapat dihabiskan.
“Saya dah minta maaf pada Tuah. Saya sesali apa yang berlaku, dan ini mungkin salah saya juga kerana tak dapat kawal emosi.”
Tajul dah berkahwin dengan wanita berumur 24 tahun bernama Nurul Shamieza dan telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Adriana Carisa.