Satu kisah yang trending berlaku di negara Filipina melibatkan seorang flight attendant bernama Christine Angelica Dacera.
Wanita berumur 23 tahun ini ditemui tak sedar diri dalam sebuah bilik air di sebuah bilik hotel, setelah Christina Dacera menyambut kedatangan tahun baru bersama rakan lelakinya.
Pada mulanya, polis mengesyaki bahawa wanita ini telah menjadi mangsa oleh 11 rakan lelaki berkenaan.
Akan tetapi, laporan autopsy melaporkan bahawa Christina Dacera meninggal dunia kerana aneurysm, iaitu pembuluh darah yang telah pecah.
Family Christine Dacera ternyata tak setuju dengan jawapan dari ujian autopsi dan meminta pihak berkuasa tersu menyiasat untuk mendapatkan punca kematian.
Peguam yang mewakili family Christine mengatakan hasil bedah siasat itu tak memaklumkan tanda kecederaan lain yang dialami oleh wanita berkenaan.
Ini komen wakil family: “Kami pertikaikan penemuan laporan bedah siasat kerana hanya buat kenyataan bahawa punca kematiannya adalah aneurisma di bahagian aorta.”
Dikatakan laporan perubatan autopsy itu telah tersebar secara meluas di media negara Filipina, dan tiada nota berkenaan kecederaan lain yang ditulis.
Jelas peguam, dengan adanya kecederaan yang dialami oleh Christine, kemungkinan adanya berlaku kekasaran kepadanya.
Family Christine juga meluahkan rasa tak puas hati setelah pihak Polis Filipina menyatakan kes itu dah pun selesaikan di laman media sosial.
Dari laporan terkini, oleh kerana desakan dari family dan pihak peguam, satu bedah siasatan dan autopsy akan dibuat sekali lagi pada hari ini ke atas mangsa.
Dalam perkembangan lain, beberapa suspek yang ditahan telah dilepaskan dan berkata tidak melakukan seperti yang dituduh.
Kes ini kembali dalam siasatan, dan ada video dari CCTV yang menunjukkan saat akhir Christine Dacera bersama rakan-rakan di koridor hotel berkenaan. Video itu menunjukkan adegan mangsa dengan beberapa lelaki, dan kini ianya juga sedang disiasat.