Emosi ibu Zayn Rayyan tak stabil, menangis dapat tahu punca kematian anaknya

3,462 views

Kehilangan Zayn Rayyan Abdul Matiin berakhir dengan tragedi apabila polis mengesahkan bahawa kanak-kanak autisme itu telah dibunuh. 

Pengesahan dari pihak polis itu ternyata membuatkan ibu Zayn iaitu Ismanira terkejut dan dalam keadaan sayu. 

Semasa mendapat tahu punca kematian anaknya, Ismanira, 28 tahun, sedang menunggu di kerusi di ruang duduk jabatan forensik, wanita ini dilihat cuba menahan rasa sedih, namun akhirnya tak mampu lagi. 

Selepas itu, Ismanira tak berhenti henti menangis kesedihan sambil cuba ditenteramkan orang ramai. 

Ismanira akui, dirinya dalam keadaan tak stabil ketika ini.  

“Sampai sekarang pun saya bagai rasa Zayn masih ada, saya tak sangka berakhir seperti ini, itu saja, emosi saya tak stabil.” 

“Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk buat langkah seterusnya dan buat siasatan dengan lebih lanjut.” 

“Memang sukar untuk saya terima berita ini, sehinggakan saya tak boleh nak tidur malam tadi.” 

Sebelum ini, ayah Zayn Rayyan dikatakan telah rebah setelah mengetahui anaknya itu ditemui dalam keadaan sudah lagi tidak bernyawa. 

Jenazah adik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 tahun telah pun selamat dikebumikan pada petang Khamis. 

Sebelum ini, pihak polis telah menyatakan terdapat beberapa kesan di badan serta leher Zayn Rayyan semasa ditemui. 

Forensik kemudian mengesahkan bahawa Zayn Rayyan sememang telah dibunuh. 

Polis berkata, tubuh Zayn Rayyan sebelum ini berada di tempat lain, sebelum diletakkan di tempat dia ditemui oleh penduduk. 

“Yang pasti dia bukannya lemas dan penemuan forensik konsisten seperti apa yang dinyatakan oleh polis.” 

“Setakat ini belum ada tangkapan, kami masih siasat suspek, dan mungkin dalam masa 48 jam. Oleh itu sesiapa yang ada sebarang petunjuk sila maklumkan kepada pihak polis.” 

“Pihak polis baru ambil keterangan keluarga, termasuk ibu bapanya.” 

Polis berkata lagi, siasatan kini akan dibuat secara backtrack sejauh yang boleh untuk selesaikan kes. 

Kes Zayn Rayyan yang menjadi tumpuan media serta seluruh negara ini kini disiatan oleh IPD Petaling Jaya dan dibantu oleh unit dari Polis Bukit Aman.