Suami Heliza Helmi terkejut, dalam keadaan berserabut

21,655 views

Ahli perniagaan yang juga suami kepada Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman menjadi bualan ramai apabila namanya tela tersenarai dan dalam perhatian pihak berkuasa. 

Pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menyenaraikan namanya di dalam Investor Alert List. 

Mahadi, 40 tahun, ternyata terkejut dengan hal berkenaan dan agak pelik bagaimana ianya boleh terjadi.  

Jelasnya, belum ada sebarang dokumen mahupun surat yang diterima dari pihak berkuasa tentang senarai berkenaan.  

“Saya kini dalam perjalanan menuju ke pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).”  

“Pertama sekali saya tak ada pun menerima sebarang surat mahu pun emel daripada pihak berkuasa yang mengatakan mahu siasat atau apa-apa, memang tiada.” 

“Saya tak tahu nak jawab macam mana kerana belum dapat kepastian dari pihak SC, oleh itu pada pagi ni baru saya nak ke sana kerana ramai yang dah bertanya apa yang jadi.” 

“Memang tiada jawapan yang kukuh namun saya rasa syarikat saya tak ada buat perkara yang salah, menipu atau lakukan hal yang haram.” 

Kata Mahadi lagi, hal berkenaan boleh mendatangkan kata yang tak baik kepada dirinya dan juga syarikat, apatah lagi ianya menjadi viral.   

“Dari dulu saya dah hadap fitnah-fitnah tentang diri saya sebegini. Namun apabila nama saya masuk dalam sistem SC saya sendiri memang terkejut, apatah lagi kini dah viral, sangat terkejut.” 

Mahadi juga ada hubungi pihak polis untuk bertanya jika ada sebarang rekod atau pun report polis ke atas dirinya, namun katanya memang tak ada. 

“Saya ada hubungi pihak polis tetapi mereka kata tiada apa-apa report dibuat terhadap saya.” 

“Namun pihak SC pula masukkan nama saya dalam sistem, jadi saya pun pelik tentang hal itu.” 

Mahadi kini dalam keadaan serabut, namun akan usaha selesaikannya. 

“Saya kini agak serabut namun begitu saya akan cuba selesaikan perkara ini secepat mungkin.” 

Datuk Seri Mahadi akan turut memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk selesaikan hal ini. 

Antara pihak yang paling lantang membuka isu penipuan kepada khalayak ialah entiti bernama Pseudoscience Watch. 

Ini hantaran dari pihak Pseudoscience Watch tentang Mahadi. 

Dikatakan Datuk Seri Mahadi akan membuat kenyataan susulan tentang isu ini nanti, kita tunggu penjelasan lebih lanjut nanti.