Pelakon Friends, Matthew Perry ditemui lemas

858 views

Mesti ramai yang pernah tengok sitkom popular berjudul Friends. 

Salah seorang peneraju utama untuk dama komedi ini ialah Matthew Perry yang melakonkan watak Chandler Bing. 

Satu perkhabaran duka telah dimaklumkan hari ini, apabila Matthew Perry disahkan sudah meninggal dunia. 

Matthew Perry, 54 tahun, ditemui sudah tidak bernyawa akibat lemas. 

Dari beberapa laporan portal, pelakon ini ditemui oleh pembantunya dalam keadaan tidak bernyawa di dalam jakuzi di rumahnya yang terletak di Los Angeles. 

“Pihak berkuasa menemuinya di rumahnya di LA, dan ditemui lemas.” 

“Mereka bergegas ke rumahnya setelah menerima panggilan bahawa pelakon tersebut alami masalah jantung.” 

Matthew Perry ditemui di rumahnya kira jam 4 petang, setelah pembantunya datang ke rumah dan melihatnya tidak menjawab panggilannya. 

“Mathew pulang ke rumah pada waktu pagi setelah pergi bersukan bermain pickelball.” 

“Pelakon berkenaan menghantar pembantunya untuk keluar atas beberapa urusan dan setelah pembantu datang ke rumahnya, Matthew Perry sudah tidak lagi memberi sebarang respon.” 

“Pembantu tersebut terus menelefon pihak berkuasa.” 

Sehingga kini, kes ini masih lagi disiasat oleh pihak berkuasa. 

Untuk info, Matthew Perry merupakan antara pelakon terkenal setelah terlibat dalam sitkom Friends dengan watak Chandler. 

Selain Matthew Perry, pelakon lain ialah Jennifer Aniston sebagai Rachel, Courteney Cox sebagai Monica, Lisa Kudrow dengan watakPhoebe, Matt LeBlanc dengan watak Joey dan juga David Schwimmer sebagai Rose. 

Friends antara sitkom yang mendapat rating tertinggi di serata dunia dan mempunyai jumlah penonton yang amat tinggi. 

Drama ini bersiaran selama 10 musim dari tahun 1994 sehingga tahun 2004. 

Selain berlakon sitkom tersebut, Matthew Perry juga pernah berlakon beberapa filem seperti Three to Tango, The Whole Nine Yards, dan juga 17 Again.