Ini penjelasan terbaru Hafiz Mahamad, video cium Hajarul Aswad

955 views

Ahli perniagaan yang juga pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad terpalit dengan satu isu apabila muatnaik satu video sedang berebut untuk mencium batu hitam atau hajarul aswad di tanah suci. 

Video itu menjadi perhatian kerana Hafiz dilihat berusaha membantu beberapa wanita untuk mencium batu berkenaan. 

Ramai mempersoalkan tindakan Hafiz tersebut, apatah lagi telah dijadikan content di media sosial. 

Akhirnya perkara ini mendapat perhatian bekas menteri agama yang juga bekas mufti wilayah persekutuan iaitu Datuk Dr Zulkifli. 

Dr Zul berpendapat adalah lebih baik fokus kepada ibadah tanpa perlu merakam video dan tak perlulah bertolak tolakan untuk melakukan perbuatan mencium hajarul aswad itu, kerana ianya hanya sunat saja. 

Ramai pihak turut mengkritik tindakan Hafiz Mahamad tersebut, dan akhirnya usahawan berkenaan telah memadamkan post tersebut. 

Melalui satu hantaran terkini, Hafiz tampil membuat satu lagi video menjelaskan mengapa dia muatnaik video tersebut dan kenapa akhirnya dia memadamnya. 

Jelasnya dia berbuat sedemikian kerana tak mahu pasukannya yang hadir ke Mekah untuk berasa ralat jika tak melakuan ibadah termasuk mencium Hajarul Aswad dan juga solat di depan kaabah, dan Hijr Ismail. 

Tonton video terbaru, Hafiz menjelaskan isu tersebut.

Ini penjelasan penuh dari Hafiz. 

“Sebelum saya share tu, saya dah minta dah pendapat dari beberapa orang. Alhamdulillah semuanya positif.” 

“Awalnya dalam sejam dua yang pertama semua baik, ada yang dm, nak pergi.” 

“Saya tak mahu mereka ralat, nanti dah balik Malaysia, takut mereka ralat untuk tak cium hajarul aswad.” 

“Saya bukannya nak jadi hero, bukan.” 

“Memang ianya sunat, tapi kena cubalah, kalau tak cuba tak tahu.” 

“Minta maaf sebab saya dah take out video tu agar kita tak bertelagah pada pandangan selain itu.” 

Itulah penjelasan penuh dari Hafiz Mahamad tentang video tersebut.