Beberapa hari yang lalu telah viral video menunjukkan usahawan Nur Sajat telah menangis setelah digari seolah ditahan.
Sehingga kini masih tak ada sebarang penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada usahawan ini.
Bukan itu sahaja, akaun Ig milik Nur Sajat dan Jados telah hilang dari radar.
Akhirnya menerusi satu video di Ig Nursajatgold, Sajat tampil buat pertama kali setelah video gari itu menjadi tular.
Apabila di tanya oleh seorang follower yang mana dia kena tangkap ke minggu lepas, ini jawapan Sajat.
“Tak baik cakap macam tu, saya elok je ada kat sini. Masa bilalah saya ni kena tangkap, tak baik cakap camtu. Kalau dah kena tangkap saya ada kat dalam.”
“Merepak sajelah. Elok saje Sajat ada kat sini. Nampak tak, yang tengah bercakap ni siapa, hantukah, takkan yang cakap ni hantu kot, ni Nur Sajatlah.”
Kemudian ada lagi yang tanya, apa pasal yang berlaku hari tu, sampai beriya buat live kena gari kenapa. Ini jawapan Sajat lagi.
“Panjang cerita, ada orang cuba nak khianat kita. Tapi okay lah kan.”
Kemudian memang ramai yang tanya tentang akaun Instagram Sajat dan juga temannya bernama Jados yang telah deactivate, Nur Sajat menyatakan, mereka berdua kini nak berehat seketika dari laman media sosial.
“Kami nak rehat kejap dari dunia media sosial ni sayang. Just mahu fokus dalam business saja, setelah berbincang kami nak rehat sekejap okey.”
Secara seloroh Sajat berkata dia nak keluarkan gelang gari. “Kita akan keluarkan gelang gari ye.”
Ini video terkini dari Nur Sajat, menerusi Ig yang digunakan untuk menjual barang kemas dan emas.
Itulah penjelasan sedikit dari Nur Sajat tentang hal yang berlaku kepadanya. Dirinya telah dikhianati. Namun Sajat tak ada beri penjelasan terperinci tentang apa yang berlaku terhadapnya pada hari kejadian. Kini fokus Sajat adalah nak berniaga saja.