“Kau tak balik duduk rumah perempuan ni..” Shuk kantoi lagi

5,027 views

Nampaknya Shuk Sahar kantoi lagi, kali in perkara sama berulang. Ianya merupakan kes bermain kayu tiga terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah yang lebih mesra disapa dengan nama Rossa Sera.

Kali ini isteri Shuk dah tak boleh menahan diri lagi dan mendedahkan kecurangan Shuk itu di laman media sosial. Shuk dikatakan ada hubungan dengan seorang wanita bernama Farra.

Rossa Sera mendedahkan suaminya tak balik ke rumah dan kembali curang. Malah, Rossa Sera telah pergi ke rumah Farra dan mendakwa Shuk ada di dalam rumah itu.

“Selama ni aku diam, sabar, asyik kena maki. Saya diam demi jaga aib suami namun semakin lama, dorang semakin sakiti aku sampailah saat ini.”

“Yang satu sibuk nak kejar yang bujang ni, yang bujang pula tak sedar diri, asyik nak buktikan dia tak bersalah tak ganggu rumah tangga orang.”

“Sama saja, dua-dua tak sedar diri buat aku dan anak-anak aku macam ni. Aku dituduh mata duitan kerana nak hidup mewah. Aku ni bertahan hanyalah demi anak.”

“Shuk, terima kasihlah sudah tinggalkan aku dengan anak-anak, aku bertahan tutup segala keburukkan demi masa depan anak. Tapi kau buang aku dengan anak-anak.”

“Aku suruh kau keluar, kau tak nak keluar, kau tak balik duduk rumah betina ni. Aku pula kena halau macam orang tak ada maruah dan harga diri. Suami aku ada dalam rumah ni. Aku dah minta buka rumah untuk check, tapi kena halau. Orang tengah tidur, aku berkeliaran cari suami aku kat mana. Dorang makin selesa aku ni macam orang bodoh.”

Nampaknya isteri Shuk dah tak dapat nak tahan lagi dan meluahkan apa yang terbuku di laman media sosial miliknya hari ini. Baca lagi luahan hati Rossa Sera ini.

Isteri Shuk turut mendedahkan wanita berkenaan ada mesej dan menggelarkan dirinya dengan panggilan yang kurang baik.

Semoga Shuk kembali kepada isteri dan cuba jernihkan kembali hubungan. Kita tunggu kenyataan dari Shuk pula selepas ini.