Datuk Chef Wan amat dukacita apabila pembantu rumah yang berasal dari negara jiran, didakwa telah merosakkan barang berharga di rumahnya.
Melalui satu video yang dimuatnaik di laman IG, Chef Wan menunjukkan bukti salah satu perbuatan pembantu rumahnya itu.
Vakum milik Chef Wan yang berharga RM5000 telah rosak dan dipatah-patahkan. Memang jelas kerosakkan itu seperti dibuat-buat dan disengajakan.
Hal berkenaan dibuat sebelum Chef Wan menghantar pulang pembantu rumah berkenaan ke negara asalnya.
Pagi sebelum beliau menghantar pembantu rumahnya itu, Chef Wan berkata, vakum tersebut masih elok dan telah diguna oleh pembantu rumah berkenaan.
“Tengok bahagian sini dia patahkan. Tengok handle, ni ha kenapalah kan. Ini saya tunjuk buktinya, habis terkopak, vakum ini berharga RM5000 lebih tau. Tak pasal kena beli. Kita kalau pakai guna elok-elok je tau. Padahal pagi sebelum dia bertolak tu, vakum ni elok saja dia pakai, agaknya bila dia patahkan. Patah sana, patah sini semua ni. Apa punya perangai ada hati busuk seperti ni.”
Chef Wan turut mendedahkan lagi perangai teruk pembantu rumah berkenaan. Sebelum ini memang ada banyak barang yang dirosakkannya, namun tak pernah dia mengaku kesilapan. Antaranya ialah iron atau sterika yang sudah tiga kali ditukar sepanjang dua tahun bekerja dengan Chef Wan.
Selain itu, pembantu rumah berkenaan didakwa pernah mencalarkan perabot di rumahnya. Calar berkenaan tidak boleh dibaiki kerana amat dalam.
Pembantu rumah itu juga digelar amat degil dan suka buat cerita. Chef Wan memberitahu, pembantu rumah itu pernah melaga-lagakan kakaknya.
Paling teruk, pembantu rumah berkenaan telah ambil barang lama di rumah Chef Wan dan akhirnya kantoi ketika di airport.
Beg pembantu rumah itu terlalu berat dan pihak airport meminta bayaran sebanyak RM800 untuk dua beg extra yang dibawa oleh pembantu rumah berkenaan.
Diruangan komen ramai juga netizen yang turut bercerita pengalaman mereka mempunyai pembantu rumah yang tidak baik perangainya.
Walaupun sudah melayan dengan amat baik, namun pembantu rumah tetap menunjukan belang mereka. Kesian Chef Wan.