(Video) Sajat cakap dah tak nak jadi orang Islam

3,686 views

Sajat kini masih lagi jadi buruan pihak berkuasa. Secara tiba-tiba telah viral pula satu lagi video berkenaan dirinya.

Kali ini, jutawan ini dilihat amat kecewa malah meluahkan rasa mahu keluar dari menganuti agama Islam.

Menerusi satu laporan oleh portal Harian Metro, video berkenaan tak dapat dipastikan waktu bilakah ianya dirakam oleh Sajat, apatah lagi Instagram milik Sajat kini telah dinyahaktif.

Akan tetapi memang jelas Sajat telah menyalahkan pihak lain terutama pihak berkuasa sehingga merasakan tidak mahu lagi menganuti agam suci ini.

Ini antara bait-bait kata yang keluar dari mulut Sajat sendiri.

“Saya ada baca, dan tak salah kita jika saya buat research tentang agama lain kan. Ini kerana saya ni tak ada buat apa-apa, tetapi masih ada orang yang nak salahkan kita dengan teruk.”

“Lepas Jais buat statement itu, saya pun dah malas dah nak fikir lagi. Saya cakap ini bukanlah saya nak mengugut ke.”

“Tapi sumpah demi nama saya, nama bapa saya, nama ibu bapa saya, saya dah tak mahu lagi menjadi orang Islam. Saya nak keluar agama Islam. Itu lebih afdal.”

“Mereka yang buatkan diri saya ni mahu keluar daripada agama Islam. Saya tidak main-main, apa yang saya cakap ni perkara betul.”

“Apa yang mereka buat, jadikan saya lebih jauh daripada Islam. Mungkin mereka semua ingat hal ini boleh dijadikan iktibar tapi bukan.”

“Sekarang ni saya jadi lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Saya pun lahir dalam Islam dan semua saya ikut saja apa yang mak saya ajar, saya buat.”

Ini video penuh yang menjadi viral.

Diruangan komen, ramai yang memberi komen mengatakan Sajat sepatutnya mengucap dan insaf atas perbuatan yang dilakukan dan tak perlu menyalahkan orang lain atas kekhilafan diri sendiri.

Dalam perkembangan terkini, pihak Jais kini telah dibantu oleh pihak polis Selangor untuk mengesan Muhammad Sajjad yang kini disyaki sedang bersembunyi setelah waran tangkap dikeluarkan oleh pihak mahkamah ke atas dirinya.