Pada tahun ini tahun 2021, pelakon Nasha Aziz dah masuk 5 series. Di umur 50 tahun pelakon yang pernah popular menerusi filem Laila Isabella ini masih lagi hidup membujang.
Jadi memang ramai yang tertanya bilakah Nasha Aziz mahu akhiri zaman bujangnya dan kenapa belum bertemu jodoh.
Nasha Aziz akhirnya berbicara dan membuka cerita kisah kenapa dia masih lagi berlum berkahwin walau umur dah masuk 50 tahun.
Jelas Nasha, kini, keutamaannya ada ibunya. Bukan seorang tetapi dua orang ibu yang perlu dijaganya.
“Soal berkaitan jodoh, saya hanya serahkan pada tuhan. Dia lebih tahu apa yang paling baik untuk saya. Sementara itu, pertanyaan mengapa saya masih belum jumpa jodoh atau sesiapa sebagai pasangan hidup, bagi saya ini adalah kerana saya ada dua orang ibu yang single sekarang ni.”
“Kedua-dua bapa saya dah tiada dan anak yang tinggal hanyalah saya. Anak tunggal. Oleh itu saya jadi tempat untuk mereka berborak dan juga tempat luah segalanya.”
Nasha menjaga ibu kandung yang dipanggil mummy dan juga ibu angkat yang dipanggil ibu. Khabarnya ibu angkat tersebut sebenarnya ibu saudaranya yang menjaganya.
Pernah bercinta dan pernah merancang untuk berkahwin, tetapi ternyata jodoh tiada. Oleh itu Nasha mengambil peluang ii untuk berbakti pada ibu-ibunya.
“Pernah bercadang tapi semuanya rancangan tuhan juga. Mungkin ada hikmah, dan ini sesuai dengan perjalanan hidup saya.”
“Mungkin, jika saya dah kahwin dan mempunyai suami, mesti saya kena tinggalkan ibu-ibu saya. Mereka dalam keadaan uzur, sensitif serta amat perlukan perhatian.”
“Yang terpenting sekarang ialah saya jaga syurga saya. Kalau saya tak jaga amanah ini, siapa lagi yang nak jaga. Saya andaikan jodoh saya adalah untuk bersama dengan ibu. Ia merupakan satu anugerah yang paling indah untuk saya.”
Itulah kisahnya tentang Nasha Aziz yang kini menjaga dua orang ibu. Amat mulialah untuk seorang anak itu untuk terus berbakti pada ibu dan juga bapa. Doakan yang terbaik untuk Nasha Aziz.