Foto Eleena Sui diupload ibu mertua Hannah Delisha jadi tanda tanya - News Tel

Foto Eleena Sui diupload ibu mertua Hannah Delisha jadi tanda tanya

3,724 views

Satu demi satu isu timbul, itulah dugaan yang diterima oleh Hannah Delisha.

Bermula dengan luahan hati ibu kandungnya bernama Noor Ashikin, yang menggunakan hashtag `ibu tak restu’, kini timbul satu lagi pertanyaan yang jadi tanda tanya kepada orang ramai.

Ini gara-gara telah terkantoi gambar yang menjadi bukti bahawa Hannah Delisha dan Imam Shah sebenarnya dah lama bernikah.

Hal ini terjadi setelah ada gambar yang dimuatnaik oleh ibu mertua kepada Hannah Delisha, iaitu ibu kepada Imam Shah.

Ibu mertua Hannah Delisha, Mariana Yati upload beberapa keping gambar ketika majlis pernikahan antara Hannah dan Imam.

Di ruangan caption, Mariana Yati menitipkan doa dan kata-kata semangat kepada pasangan pengantin berkenaan setelah isu ibu kandung Hannah Delisha timbul.

Antaranya ialah kata-kata kepada pasangan suami isteri berkenaan agar terus bersabar selain dia memberi restu kepada perkahwinan mereka berdua.

Namun apa yang menjadi tumpuan ialah satu foto yang menunjukkan hadirnya rakan artis iaitu Eleena Sui di majlis berkenaan.

Netizen yang mata tajam, mungkin telah perasan bahawa gambar itu merupakan gambar yang sama di upload oleh Eleena Sui pada bulan Februari tahun 2020, tahun lepas.

Dapat dilihat baju yang dipakai oleh Eleena Sui adalah sama, dan pelamin serta hiasannya juga adalah sama. Ketika itu Eleena Sui turut menulis dia memang berada di Singapura.

Jom lihat gambar berkenaan yang jelas menunjukkan ianya diambil pada 54 minggu yang lalu dan turut menerima tanda suka dari Hannah Delisha.

Ini sekaligus telah memberi gambaran bahawa sebenarnya Hannah Delisha dan Imam Shah dah kahwin pada tahun lepas.

Rata-rata tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya. Akan tetapi pihak Hannah Delisha masih lagi belum ada memberi sebarang kenyataan rasmi tentang isu yang melanda dirinya itu.

Latest from Viral


“Harga tak masuk akal” Miera Leyana mengidam buah-buahan import pula

3,307 views

Pelakon Miera Leyana sedang bahagia setelah berkahwin dengan suaminya Rosland Othman. Menambah kebahagiaan dan percikkan asmara, pasangan ini menerima berita gembira setelah Miera Leyana disahkan hamil, bunting pelamin bak kata orang dulu-dulu.

Kini usia kandungan Miera Leyana dah pun masuk 7 bulan, trimester yang ketiga.

Jelas Miera Leyana dia amat bersyukur kerana buat masa sekarang, segala urusan telah dipermudahkan.

Dan sudah tentu, suaminya yang mempunyai pengalaman, banyak membantu Miera Leyana mengharungi perjalanan untuk bergelar ibu.

Suami saya memang banyak membantu saya. Kalau nak dibandingkan dengan saya sendiri, sebenarnya dia nampaknya lebih risau, terutamanya yang melibatkan soal makan minum saya ketika hamil.”

Akui selera makan bertambah dengan ketara, Miera Leyana kata tak ada mengidam makanan pelik, namun menerusi satu temubual dengan Harian Metro, dia merasakan lebih suka untuk menikmati buah-buhan import ketika mengandung.

Saya amat suka makan buah-buahan unik seperti strawberi Jepun yang besar-besar, epal tenis dan buah-buahan import yang harganya memang agak tidak masuk dek akal.”

Sebelum ini, menerusi laporan media, Miera Leyana ada akui bahawa dia nak sangat untuk makan angin di luar negara, namun ternyata hasratnya itu tak dapat dilaksanakan ekoran perintah kawalan pergerakkan dan penutupan border antarabangsa.

Ditanya tentang persediaan untuk menerima kehadiran baby sulung Miera, pelakon berumur 28 tahun ini berkata dia dan suami ambil pendekatan secara sederhana sahaja.

Kami berdua tak ada pun beli apa-apa barang baby lagi. Sehingga sekarang ni, baru saja nak buat sikit-sikit. Kami berdua taknak terlalu excited nak beli takut nanti terbeli banyak pula dan ianya sebenarnya tak diperlukan pun.

Miera Leyana ada muatnaik beberapa keping gambar ketika dirinya sedang sarat hamil. Photoshoot kenangan ketika mengandung baby pertama.

Ini captionnya: “Pertamanya, kita ada antara satu sama lain, kemudian kita ada kamu, kini kita dah ada segalanya. Saya amat teruja dan gembira, satu perasaan yang tak pernah rasa. Kami bakal menerima kehadiran little angel yang akan buat kami berdua sebagai ibu bapa terbahagia di dunia.”

Untuk info Miera Leyana dan Rosland Othman yang kini berumur 47 tahun telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada bulan Julai tahun 2020.

Go to Top