Nyanyian Nabila Razali tergelincir di AJL35, lagu Peluang Kedua jadi trending

7,753 views

Anugerah Juara Lagu kali ke 35 (AJL35) menjadi trending hari ini. Ianya antara pertandingan lagu yang paling ditunggu rakyat Malaysia setiap tahun.

Untuk edisi kali ini, sebanyak 12 buah telah bertanding, mempertaruhkan lagu masing-masing setelah berjaya di peringkat separuh akhir.

Namun antara lagu paling trending untuk AJL35 ialah lagu nyanyian Nabila Razali iaitu Peluang Kedua.

Lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali menjadi bualan ramai di alam maya pada mala, ini, tak putus-putus. Ramai dilihat mempertikaikan vocal yang dilontar oleh penyanyi comel ini.

Bermula dengan agak perlahan dan kurang didengari, vocal Nabila Razali terus membuatkan ramai risau dan akhirnya tergelincir di beberapa bahagian terutama di bahagian korus lagu berkenaan.

Tidak tahu apa yang terjadi, suara Nabila Razali dikatakan kurang baik pada malam ini.

Ini sedutan video yang dimuatnaik oleh Rotikaya.

Banyak pendapat dari netizen tentang hal ini, tentang pun bagaimana nyanyia Nabila Razali yang lebih mesra disapa Bella menjadi sedemikian.

Ada yang berkata, Bella terlalu darah gemuruh, maklumlah pentas AJL ini amat besar untuk dunia seni.

Sesetengah pula mengatakan Bella terlalu mencuba sehingga membawa padah kepada dirinya sendiri.

Ada turut memberi pendapat mungkin Nabila Razali masih belum baik dari masalah kesihatannya.

Dalam pada itu, memang banyak sekali komen kurang baik yang diberi kepada Bella oleh netizen bermulut laser terutama mereka yang tak gemarkannya.

Ini lagu penuh dari Nabila Razali official dari TV3.

Sebenarnya lagu Peluang Kedua ini amat kuat dan jika semuanya berjalan lancar, boleh dinobatkan sebagai pemenang untuk Anugerah Juara Lagu edisi kali ke 35 ini.

Apapun, tahniah buat Nabila Razali kerana berani mencuba, mungkin boleh improve lagi nanti, jangan putus asa dan teruskan berusaha.