Siapa yang benarkan Nabila melakukan ini patut lebih peka

2,731 views

Belum lagi reda dengan kes nyanyian terkucil dari Nabila Razali di pentas Anugerah Juara Lagu ketika membawa lagu Peluang Kedua.

Kalau ikutkan, memang ramai yang beri pandangan masing-masing, termasuklah rakan artis.

Hafiz Hamidun ada beri respon, Datuk Fazley Yaakob pun dah, Siti Sarah turut serta, Datuk Hattan, Azmeer, dan ramai yang beri komen.

Kali ini giliran isteri kepada maestro Datuk Ramli MS iaitu Datin Alyah pula memberi respon dan pandangannya.

Awal pagi tadi, Alyah ada menulis tentang kisah yang sedang melanda Nabila Razali. Akui pernah beberapa kali berjumpa penyanyi berkenaan, Alyah telah persoalkan pihak yang membenarkan hal ini terjadi kepada Nabila.

Siapakah yang membiarkan dia melakukan ini sepatutnya lebih peka. Saya cakap ni berdasarkan pengalaman saya sendiri. Situasi berbeza namun di atas pentas yang sama.”

Saya telah terpanggil nak cakap sikit berkaitan adik kita yang lawa dan peramah ni. Dah banyak kali jumpa, memang dia akan sapa kita terlebih dulu.”

Kalahnya sebagai seorang serikandi. Dia kalah dengan penuh maruah. Di dijalankan tugasnya dengan habis baik.”

Boleh kata, dia umpama berlari ke medan perang hanya berbekal dengan pedang yang tumpul. Bukannya dengan pedang tu yang kena kita lihat akan tetapi lihat keberaniannya telah turun ke medan perang.

Apapun tahniah diucapkan buat adik Nabila Razali. Harap pandang di sudut positive. Kamu kini lebih di ingati daripada yang lain. Buktinya sampai hari ini semua orang masih lagi bercakap tentang diri kamu.”

Itulah pendangan bernas dari Dati Alyah yang turut pernah beraksi di atas pentas Anugerah Juara Lagu dulu.

Datin Alyah bukan calang-calang orangnya, pernah beberapa kali menjadi finalis di pentas ini, antaranya ketika AJL24 dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang, AJL25 dengan lagu Kisah Hati, dan AJL29 dengan lagu Sesal Separuh Nyawa.