Ikut cakap ibu, Aiman Tino putuskan hubungan dengan kekasih

1,883 views

Tak lama dulu, Aiman Tino membuat ramai terkejut setelah ada pendedahan dari ibunya yang seperti naik angin dengan sikap penyanyi berkenaan.

Khabarnya Aiman Tino telah berubah dan mula abaikan kerjaya serta keluarga, dan ianya didakwa berpunca dari kekasih Aiman bernama Fara.

Ekoran isu ini, Aiman Tino telah pulang ke rumah berjumpa ibu bapanya untuk selesaikan hal berkenaan.

Kini setelah hampir sebulan kisah ini berlalu, ada satu perkembangan terkini tentang kisah ini.

Aiman telah ambil nasihat dari ibu bapanya untuk fokus dengan kerjaya dan telah berpisah dengan gadis berkenaan.

Kes mengenai salah faham dengan family saya dah pun selesai. Ada perkara yang mereka nak saya akan tunaikan. Antara amereka mahu saya duduk seorang. Isu yang tak baik akan saya tolak tepi. Saya akan iyakan dan ikut cakap ibu bapa saya.”

Saya akan tunaikan permintaan ibu bapa dan sementara itu mereka juga faham kehidupan saya ini.”

Ini pula kenyataan Aiman Tino tentang kekasih hati bernama Fara.

Dengan kekasih itu kini kami dah tiada apa-apa. Saya dengar cakap ibu saya. Sekarang ini semua perkara saya buat sendiri. Saya manage sendiri kerja, perniagaan dan rutin harian sendiri. Semua saya buat sendiri. Itu yang mereka mahukan, saya berdikari.”

Isu ini dah pun sebulan berlalu. Saya rasa ia tidak beri kesan apa-apa dah lagi. Hal yang terjadi ada hikmah, ia beri semangat kepada saya. Memang ada rasa down, taopi saya dah dapat semula semangat itu.”

Tentang family nya, Aiman berkata mungkin mereka tak nampak apa yang Aiman buat sebab itu mereka ada rasa risau.

Family saya maybe mereka tak nampak apa saya buat di luar dan saya jarang cerita dengan mereka. Sebenarnya saya memang bekerja keras untuk family.”

Selain menyanyi, Aiman Tino kini berniaga menjual char kuey teow di Wangsa Maju dan Kampung Baru.

Aiman Tino juga sedang busy dengan penggambaran untuk sebuah drama bersama