Pelakon baru Aniq Suhair ditampar pelakon veteran, Mak Jah

12,408 views

Ingat lagi tak dengan pelakon baru yang pernah dikaitkan dengan Cik B tak lama dulu, nama dia ialah Aniq Suhair.

Aniq Suhair kini sedang mengembangkan kerjayanya dan telah ber;akon dalam drama terbaru berjudul Tak Sempurna Mencitaimu.

Ketika berlakon, Aniq Suhari akui dirinya telah ditampar oleh pelakon veteran iaitu Mak Jah.

Ada sebab dia kena tampar, Aniq Suhair memberitahu ianya adalah untuk menjayakan satu adegan air mata. Oleh itu Aniq sanggup ditampar untuk dapatkan feel.

Aniq Suhair mengatakan Mak Jah terpaksa tampar pipinya sebelum penggambaram dibuat untuk satu babak, tamparannya kuat dan Aniq terus mudah untuk menangis.

Saya ditampar Mak Jah, kat belakang tabir Mak Jah memang orang yang baik tapi kerana babak itu saya kena keluar air mata dan semua pun nak cepat habis, Mak Jah datang dan dia kata terpaksa tampar muka saya.”

Lepas sekali dia menampar bahagian pipi, dia cakap cuba menangislah dan sekali lagi dia terus tampar saya, sejujurnya memang terasa tamparan Mak Jah itu, sakit betul.”

Kalau ikutkan takdelah sukar nak menangis namun kerana penggambaran dah lewat malam, semuapun rasa penat. Dan lepas je Mak Jah tampar saya, babak pun lancar dan terus selesai.”

Aniq yang baru 21 tahun akui memang terkejut akan tetapi dia berkata tindakan Mak Jah yang sudah berumur 73 tahun itu memang berhasil.

Saya tak terasa pun, saya okay. Itu cara dia nak bagi mood dan feel kita sampai, tindakan Mak Jah itu amat membantu saya untuk adegan berkenaan.”

Selesai penggambaran, saya ucap terima kasih pada Mak Jah sebab tolong cepatkan penggambaran. Saya anggap ini satu proses pembelajaran.”

Selain Aniq Suhair dan Mak Jah, drama bersiri Tak Sempurna Mencintaimu ini dibintangi oleh pelakon hebat lain iaitu Redza Rosli, Intan Najuwa, Wan Maimunah, Lydiawati dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar. Sebelum ini telah viral isu Lydiawati tunjal kepada Wan Maimunah juga untuk mendapatkan feel lakonan.