“Ko nak apa sebenarnya” Pengarah komen isu babak Ellie Suriaty cium kaki

5,610 views

Telah timbul satu isu yang mana ada babak pelakon Ellie Suriaty jirus air dan mencium kaki pelakon Adlin Aman Ramlie dalam drama berjudul Ayat Dari Langit.

Babak itu ternyata mengundang komen kurang baik dari netizen yang berkata adegan sebegitu keterlaluan dan salah disisi agama.

Pengarah drama berkenaan iaitu Rashid Sibir memberi respon tentang isu ini.

“Bagi saya netizen yang komen tak positif tu sebenarnya adalah mereka yang bodoh,”

“Dia bukan Ellie (untuk babak itu), apabila dia bawa watak tersebut. Ellie merupakan antara pelakon, yang sanggup buat apa saja demi karakter. Dia memang amat bagus, apa yang dia buat tu memang patut dilakukan.”

“Babak itu nak tunjuk betapa cinta dan setia pada suaminya, Ustaz Muiz (lakonan Adlin Aman Ramlie).”

“Oleh itu jangan nak pertikaikan Ellie. Netizen kena ada sikap open minded bila tengok cerita macam ni.”

Babak Ellie Suriaty itu memang diminta oleh Rashid Sibir untuk berbuat sedemikian.

“Sebelum tu saya nak jelaskan dulu, mengapa dia kena berbuat demikian. Watak Zaharah ialah isteri yang begitu taat pada suami dan percaya ajaran suaminya.”

“Dia sanggup apa saja untuk suaminya. Perbuatan itu dibuat sebagai cara untuk bukti kasih sayang dan hormati suaminya. Itu saja.”

“Ketika saya suruh buat adegan tu, Ellie Suriaty ingat saya main-main. Lepas itu memang dia terus buat betul-betul dan dilakikan dengan cara yang paling menarik. Cara watak Zaharah pegang kaki suaminya itu.”

“Lakonan Ellie amat memberi impak dan tak ramai pelakon yang ada di Malaysia ni seperti Ellie.”

Menerusi temubual dengan portal Harian Metro, Rashid Sibir ternyata kecewa kerana asyik menerima hentaman dari netizen.

“Jika kita buat cerita cinta ada yang pertikai. Kemudian buat cerita agama dan ajaran sesat, pun kena juga. Kau nak apa sebenarnya netizen.”

“Kami orang seni cuba nak bagi semua benda merangkumi kisah sedih, komedi, cinta dan semua genre.”

“Namun jika semua cerita yang dibuat kau gelakkan, apa yang korang mahu sebenarnya. Tapi apapun, kalau orang bercakap tentang drama tu maknanya dia semua tengok la cerita tu.”