Shaheizy Sam rugi RM500ribu, setengah juta tu..

11,239 views

Siapa yang tak kenal dengan watak utama filem Adnan Sempit dan juga Polis Evo. Nama Shaheizy Sam memang sentiasa diingati sebagai antara hero tempatan yang amat hebat.

Tidak segah dunia lakonan, penglibatan Shaheizy Sam dalam dunia perniagaan dilihat kurang mekarnya.

Malah, pelakon berumur 39 tahun ini akui dia telah kerugian sebanyak setengah juta Ringgit sekitar tahun 2018.

RM500000 bukan satu nilai yang sikit, akan tetapi ianya tidak mematahkan semangat Shaheizy Sam.

Tak mahu bercerita tentang kerugian setengah juta itu, Sam berkata ianya memberi pengajaran agar lebih berhati-hati apatah lagi dirinya juga pernah kena tipu beberapa kali.

“Saya ni bukan dari golongan orang kaya, semua wang berkenaan memang datang duit simpanan sendiri, duit bekerja. Mula-mula ceburi dunia business, saya hilang RM80 ribu, tak apa saya kumpul modal lagi.”

“Sekali lagi ujian menimpa setelah saya rugi pula RM500 ribu pada 2018, tapi ianya tak membuatkan saya serik. Kalau nak berjaya, duit sepatutnya bukanlah satu isu.”

“Ambil contoh seperti Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia iaitu Tan Sri Tony Fernandez dan juga ahli perniagaan berjaya, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, mereka ada hadapi kesukaran sebelum berjaya seperti sekarang.”

“Jika mereka boleh, kita pun boleh. Semua kepayahan itu terpulang pada diri kita sendiri. Jangan jadikannya penghalang, selain diri sendiri yang jadi penghalang.”

Untuk kali ini, Shaheizy Sam telah tampil dengan business melibatkan coklat.

Baru-baru ini, Sam melancarkan perniagaan baharu miliknya iaitu produk makanan berasaskan coklat menerusi jenama Syoklat.

“Coklat ni produk makanan yang dapat banyak permintaan di seluruh dunia. Oleh itu, saya tahu produk yang telah dihasilkan mampu untuk pergi jauh.”

“Kalau dapat peluang dan disokong oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, saya yakin produk ni boleh dijual bukan saja di Malaysia tetapi juga luar negara.”

Semoga maju jaya buat Shaheizy Sam dengan perniagaan coklatnya itu.