Umum dah tahu bahawa pelakon Zarina Anjoulie kini dah berpisah buat kali kedua dengan suaminya iaitu Eilyas Azhar.
Yang terbaru, Zarina Anjoulie telah muatnaik satu video menunjukkan dia telahpun beli baju raya untuk bekas suaminya itu.
Dari video berkenaan, Zarina Anjoulie dilihat beberapa kali mengesat airmatanya ketika bercerita tentang kisah baju raya itu.
“Aku tak beli baju raya aku, ni aku beli kan baju raya kau, RM800 baju raya kau dengan baju anak. Aku beli kat Omar Ali.”
“Last-last aku dapat apa, dapat tahi. Aku sendiri tak beli lagi baju raya aku, sebab apa, sebab tak cukup duit untuk beli untuk aku.”
“Tapi tak apa, pengorbanan bini, sanggup beli untuk laki dan untuk anak, walau diri sendiri tak ada, tak apa, inilah perngorbanan bini. Kau tahu apa.”
Zarina kemudian mengalirkan air mata dan berhenti seketika sebelum mengelap air matanya.
“Bila kau ada duit, kau takde fikir pun nak beli baju raya aku, buat kereta sampai RM3000. Tak apa. Tapi bila kau tak ada duit, sebelum kau ceraikan aku, aku bagi kau RM500, sebab kau tak ada duit.”
Zarina menambah dia menangis bukannya sebab masih sayang dengan bekas suaminya itu.
“Aku menangis bukan sebab aku sayang, nak dia balik, tak. Aku ni jenis manusia selalu letakkan kesenangan orang lain dulu. Tapi aku selalu kena campak tahi balik.”
“Siapa saiz XL, nak baju ni, siapa nak datanglah amik, PM aku boleh datang amik.”
Ini video dari Zarina Anjoulie.
Dari video itu juga, Zarina Anjoulie yang mengatakan Yas selalu minta mahu bercerai dengannya.
“Lepas aku dah buat macam-macam untuk kau, boleh pula kau megah tulis kat IG. Kau dah sepuluh kali minta cerai, selalu ugut-ugut, okey aku selalu pujuk. Bila kau cakap aku nak cerai la macam ni semak. Aku kasi”
“Sepanjang setahun aku kahwin dengan kau, aku tanggung kau, spender kau pun aku belikan. Tak pernah pun aku cakap kau semak, mak bapak kau pun aku beri duit.”
Itulah luahan dari Zarina Anjoulie kepada bekas suaminya Eilyas Azhar.