Pelakon dan penyanyi Fiza Halim dah lama tak muatnaik gambar bersama suaminya iaitu seorang pilot bernama Aizat Al Jefri.
Setelah sekian lama mendiamkan diri tentang hal ini, Fiza akui, dia dan Aizat sudahpun bercerai pada bulan Julai tahun lalu.
Ini merupakan kali ketiga rumah tangga yang dibina Fiza berakhir dengan perpisahan.
“Saya perlukan masa untuk ceritakan hal ini, sebab ianya bukanlah mudah. Sekarang ni, kekuatan dah ada pada diri saya untuk dedahkan status terkini saya.”
“Ye memang betul kami dah berpisah, kami bercerai talak satu dan saya telah diceraikan melalui mesej di WhatsApp.”
“Punca kenapa kami berpisah, ianya biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tidak nak ceritakan aib sesiapa.”
Tiga kali perkahwinan gagal, sudah tentu ramai yang buat persepsi tersendiri kepada Fiza. Pandangan serong sudah pasti Fiza terima.
“Sudah pasti ada yang akan pandang serong pada saya. Akan tetapi, saya ni hanya manusia biasa yang sentiasa diuji. Saya tak hidup dek puji, tak mati dek kata kejian.”
Sejak bercerai dengan suaminya, Fiza akui sentiasa fikir tentang diri sehingga sukar untuk tidur.
“Mata dah rasa mengantuk, tapi saya memang tak dapat tidur. Otak jalan saja fikirkan banyak benda termasuk nasib diri saya ni.”
“Boleh kata, saya hilang arah. Namun begitu, saya tetap bersyukur sebab ada yang offer kerja baru. Mungkin saya akan mempertimbangkan tawaran kerja itu.”
Menjawab kisah dengan Saiful Apek, Fiza hanya ketawa saja sebab mereka hanya kawan, malah yang ambil foto itu ialah isteri Apek sendiri.
“Tak ada maknanya saya jadi isteri kedua Apek. Kami bertemu di satu program. Gambar itu isteri Apek yang ambil. Kami hanya ketawa tentang gosip ni.”
Bekas suami Fiza yang pertama bernama Farriq dan mereka berkahwin pada tahun 2010, mempunyai dua orang anak perempuan.
Fiza kemudian berkahwin dengan Ada AF, pada tahun 2013 namun jodohnya juga tak kekal.
Pada tahun 2016, Fiza berkahwin dengan Aizat seorang pilot yang juga duda anak dua. Sepanjang bernikah, mereka mempunyai seorang anak perempuan.