Kalau cerita tentang Norman Hakim dan Abby Abadi, mestinya ramai yang dah tahu mereka ni merupakan bekas pasangan suami isteri. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai tiga orang anak, semua dah meingkat remaja.
Mereka berdua kini telah move on dan telahpun mempunyai keluarga sendiri. Norman Hakim bahagia dengan Memey Suhaiza manakala Abby juga menemui cinta dengan Jai Ezzany.
Walaupun dah berkeluarga baru, hubungan antara Norman Hakim dan Abby Abadi tetap baik. Jika ada sebarang sambutan atau perayaan, mereka akan hadir dan bertemu semuanya.
Namun ada mulut puaka yang telah mengatakan sesuatu kepada family mereka. Ada yang bertanya adakah mereka tak rimas asyik berjumpa, dan ada yang tuduh kononnya Abby ni masih ada perasaan kepada Norman Hakim.
Melihat komen dari netizen, akhirnya anak ketiga Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Maria Danisha Hakim tampil memberi pendapatnya.
Melalui satu video di laman Tik Tok milik Danisha, remaja ini menulis caption kepada makcik bawang dan menunjukkan mereka sebagai ting sampah.
Ini tulis Danisha: “Kepada semua makcik bawang kat laman Facebook yang cakap mak saya iaitu Abby Abadi masih tergila-gila dekat ayah saya iaitu Norman Hakim kerana selalu datang rumah masing-masing.”
Jari Maria Danisha Hakim telah menuding kepada sebuah tong sampah.
Memang setepek kena makcik bawang dan netizen yang suka cakap yang bukan-bukan kepada keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi ini. Memang lantang dan berani Danisha untuk memberi pendapatnya.
Walaupun ada yang tak suka melihat kebahagiaan yang sedang dilalui keluarga Norman dan keluarga Abby Abadi, sebenarnya memang begitu ramai yang puji.
Keluarga mereka ini antara yang patut dijadikan contoh buat mereka yang telahpun berpisah dan tidak lagi bergelar suami isteri.
Barulah anak-anak akan rasa bahagia dan tidak rasa kehilangan kasih sayang antara ibu dan juga ayah. Tahniah buat Norman Hakim dan juga Abby Abadi.