Netizen terhibur Tok Ram gurau dengan Alyah, siap panggil “Jah”, kata tak cantik

5,968 views

Pasangan suami isteri, composer Datuk Ramli Ms dan penyanyi, Datin Alyah kadangkala jadi tajuk berita. Bukannya ada isu apa, tetapi kadangkala gurauan antara mereka yang jadi perhatian.

Bila dah kahwin, memang gurauan antara suami isteri itu penting untuk merapatkan lagi hubungan sesama pasangan. Begitulah yang dilakukan oleh kedua-dua pasangan selebriti terkenal ini.

Datuk Ramli Ms atau lebih dikenali dengan nama Tok Ram ni memang dikenali dengan gurau kasarnya. Dan bila bersama isteri, Tok Ram pun selalu bergurau.

Antaranya mereka berdua pernah bergurau dan Alya pernah gelar sebagai isteri macam maid atau orang gaji.

Yang terbaru menerusi satu video live di laman Instagram, Tok Ram selamba saja cakap isterinya itu tak lawa. Malah siap panggilnya dengan nama Jah lagi.

Dari video itu, Alyah sedang bersiap-siap untuk buat sesi live mempromosikan makanan iaitu laksa Sarawak dan kek pisang.

Ketika di awal video, Tok Ram datang membantu untuk setting lampu agar video itu nampak lebih jelas dan cantik.

Tok Ram tidak perasan video berkenaan telahpun mula bersiaran langsung.

Ini antara dialognya. “Tengok lampu tu, mana, tak teranglah Jah.” Kata Tok Ram.

Datin Alyah berkata: “I dah start buat live ni, dengan seluar pendek, baju singlet apek. Sedapur dengan Tok Ram, rancangan ni tak de dalam TV.

Apabila tahu isterinya tu dah start live, Tok Ram terus berlalu pergi.

Pakai la lampu kuning. Ha tengok cantik tak. You tak cantik la Jah,” Kata Tok Ram sambil ketawa gelak sakan.

Ramai netizen dan follower yang mengikuti live Alyah itu terhibur dengan telatah Tok Ram teruatama selamba bahan isteri sambil gelak besar.

Jom layan videonya ini. Tengok dari awal, sehingga 3 minit saja yang ada Tok Ram.

Semoga Tok Ram dan Alyah akan terus bahagia melayari bahtera perkahwinan mereka.