“Dah tangkap semalam, hari ini tahan reman” Polis sahkan Safiey Illias direman

6,558 views

Sebelum ini ramai yang kurang senang dengan video yang dibuat oleh usahawan bernama Safiey Illias dan rakannya.

Ada beberap video yang viral melibatkan Safiey dan yang paling buat ramai naik angin ialah perbualan live dengan budak bawah umur.

Akhirnya tindakan Safiey Illias kali ini menerima padahnya, apabila kes ini disiasat pihak berkuasa.

Pihak Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi telah membenarkan tahanan reman selama tiga hari ke atas Safiey Illias dan seorang rakannya kerana video dengan budak bawah umur itu.

Perintah tahanan reman dibuat pada hari ini sehingga Ahad dan telah dikeluarkan oleh Hakim Effandi Nazila Abdullah.

Peguam yang menjadi wakil kepada Safiey dan rakannya iaitu Nursyafiqah Zamani mengesahkan bahawa anak guamnya kini disiasat pihak berkuasa berdasarkan Seksyen 12 dan 15 Akta Kesalahan kepada Kanak-Kanak tahun 2017.

Ketika dimahkamah dan ditahan memakai baju berwarna purple, pihak media telah mengambil gambar mereka berdua, dan usahawan berkenaan sempat berkata kepada pihak media: “Tidak baik tau.

Telah dilaporkan sebelum ini bahawa polis buka kertas siasatan terhadap ‘safieyillias94’ dan ‘pipinatasha’ yang didakwa buat video tak senonoh dengan budak bawah umur.

Ianya setelah seorang lecturer membuat laporan polis keatas dua individu berkenaan selepas terlihat video viral kedua-dua individu berkenaan.

Video itu menunjukkan aksi yang dibuat agak kurang sesuai kepada budak bawah umur dan boleh memberi teladan yang tak elok. Ketua Polis Daerah Kajang mengesahkan hal tersebut.

Ini komen pihak polis: “Kita dah tangkap mereka berdua semalam, pagi ni pihak polis buat permohonan reman untuk siasatan ldengan lebih lanjut.

Selain lecturer berkenaan, pendakwah bebas Pu Syed antara yang lantang bersuara dan kerapkali meminta tindakan diambil kepada Safiey Illias kerana memberi contoh yang tak baik.

Untuk info Safiey Illias merupakan insafamous yang memiliki seramai satu juta follower di laman Instagram. Sebelum ini Safiey beberapa kali menjadi topic hangat berpakaian seperti wanita walaupun pernah insaf sebelum ini.