“Saya nak nangis tengok video Elyana” Neelofa beri 10 tudung kepada Elyana

2,921 views

Umum dah tahu tentang keadaan terkini penyanyi Elyana yang sedang jalani rawatan radioterapi untuk penyakit limfoma.

Banyak dugaan ELyana terpaksa harungi, sampaikan beratnya hanya tinggal 35kg saja, namun demi anak-anak, penyanyi ni kuatkan diri untuk buat radioterapi sebanyak 10 sesi.

Ada juga perkembangan lain yang mana, Elyana kini dilihat telah tampil dengan imej baru iaitu dia kini telah memakai tudung.

Beberapa foto menunjukkan Elyana mula mengenakan tudung sejak gambar raya yang lalu. Malah ketika sesi live dan juga di Instastory, peenyanyi ini turut bertudung.

Kisah Elyana ini mendapat tumpuan dari rakan artis iaitu Neelofa. Pemilik jenama Naelofar ini telah memberi hadiah sebanyak 10 helai tudung kepada Elyana.

Elyana ada upload video yang menunjukkan tudung-tudng yang diterima olehnya, hadiah dari Neelofa.

Terima kasih kepad Neelofa dan Naelofar di atas hadiah yang amat menggembirakan ini. Baru saja habis buat radioterapi terus saja dapat hadiah. Syukur Alhamdulillah.

Saya happy sangat, saya kat hospital dan hanya bawa satu tudung je hari tu. Secara tiba-tiba, Lofa bagi saya banyaknya tudung. Siap ada kad lagi, so sweet, thank you Neelofa.

Tak sabar nak tengok semua collection dalam box ni. Jom kita tengok.” Elyana kemudian unboxing semua kotak tudung yang diterimanya.

Ini ucapan kad dari Neelofa kepada Elyana.

Neelofa ada menonton video dari Elyana itu, dan ternyata kagum dengan semangat ELyana yang sentiasa positif dan dilihat ceria sungguhpun diuji begitu berat.

Ini tulis Neelofa: “Masyaallah, saya pula rasa nak menangis bila tengok video ni. Saya amat kagum kerana Elyana boleh senyum dan ceria dalam dia dalam kesakitan. Semoga Allah akan kurniakan kesembuhan untuk awak, Elyana.

Untuk info, Elyana buat pengumuman tentang dirinya yang sedang melawan limfo pada tahun 2017 selepas menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim keempat.