Shuib Sepahtu dan Watie hanifiah kini dah pun bergelar sebagai pasangan suami isteri.
Pasangan ini berkahwin setelah Shuib menduda selama dua tahun, sejak kehilangan isteri tercinta Siti Sarah pada tahun 2021.
Majlis pernikahan di antara Shuib dan Watie ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dari warga maya, terutama sesetengah mereka yang berasa sayu dan masih lagi teringatkan arwah Siti Sarah.
Ada yang merasakan, bagai masih terlalu awal dan ada juga menulis komen berkata bagai Shuib menduakan Siti Sarah.
Malah ada yang berkata bahawa Shuib tak akan berjumpa dengan Siti Sarah kerana dah berkahwin lain.
Isu ini akhirnya mendapat reaksi dari abang kandung kepada Siti Sarah iaitu Firdous Raissuddin.
Firdous menerusi satu video, berkata bahawa apa yang ditulis oleh warga maya terhadap Shuib itu agak keterlaluan.
Sebagai abang kepada Siti Sarah, Firdous mempertahankan Shuib dan bersetuju agar Shuib untuk move on dalam kehidupannya.
Firdous juga meminta mereka yang menulis komen sedemikian untuk belajar agama lebih banyak lagi.
“Saya nak update sikit benda ni, sudah semakin merapu warga maya ni. Lain kali jika tak tahu hukum agama kita rujuk dulu, kemudian barulah boleh tulis komen.”
Firdous kemudian memuatnaik keratan ceramah dari Ustaz Azhar Idrus berkenaan berjumpa isteri di syurga.
Jelas UAI, sekiranya seseorang suamki mempunyai ramai isteri, semuanya akan bertemu juga kelak.
“Jika isteri meninggal dulu memang akan jadi isteri kita. Kita kahwin ramai mana pun tidak kiralah sampai empat sekali pun, semuanya isteri kita di syurga.”
@ahamdfirdousraissuddin Makin lama makin merapu kome ni!! Lain kali kita refer dulu baru tulis soal agama. #CapCut #shuibwatie #raissuddinfamily ♬ original sound – ahmadfirdousraissuddin
Firdous sebelum ini antara yang hadir ke majlis pernikahan Shuib dan isteri barunya, Watie.
Selain Firodus, bapa kandung, Raissuddin, dan ibu tiri arwah Siti Sarah juga turut hadir ke majlis berkenaan.
Kata ibu tiri Siti Sarah iaitu Makder, bapa Siti Sarah sendiri yang meminta Shuib untuk move on, malah, hadir di semua acara Shuib, termasuklah ketika meminang dan bertunang.
Untuk info, Siti Sarah pergi meninggalkan dunia ini pada tahun 2021. Shuib dan Siti Sarah berkahwin pada tahun 2011 dan mempunyai empat orang cahaya mata.