Sharifah Sakinah temui pengganti, kekasih baru seorang “mat salleh”

1,889 views

Pelakon Sharifah Sakinah pernah dua kali berumah tangga, namun keduanya menemui kegagalan. 

Perkahwinan pertama Sharifah Sakinah adalah pada tahun 2015 bersama seorang ajli perniagaan bernama Aliff Adha. 

Namun usia perkahwinan hanya bertahan selama lebih kurang 5 tahun saja, dan berpisah pada tahun 2020. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak bernama Anais Adha. 

Pada hujung tahun 2020 pula, Sharifah Sakinah bertemu jodoh dengan seorang warga Eropah bernama Michael Hansen. 

Namun hubungan dengan jejaka dari Sweden ini berakhir pada tahun 2021, dan mereka tidak mempunyai cahaya mata. 

Kini setelah hampir dua tahun berstatus single, dikatakan Sharifah Sakinah telah pun sedang menjalin hubungan dengan seseorang. 

Kinah dikatakan sedang mengenali hati budi seorang jejak yang juga warga berbangsa caucasion, atau mat saleh.  

Ianya dilaporkan oleh portal Cik Bunga dari laporan Utusan. 

“Nampaknya Sharifah Sakinah sudah move on bak kata orang. Hatinya begitu tabah walau sudah dua kali mengalami kegagalan rumah tangga.”  

“Apabila Cik Bunga dengar dia dah ada pengganti baru, jujur kita tumpang gembira. Dengarnya, kekasih baru Sharifah Sakinah ini pun seorang mat salleh juga.” 

“Tampan orangnya, dan dikatakan kini menetap di Bali. Kalau tak silap, kekasihnya itu merupakan usahawan.” 

 Dari laporan Cik Bunga itu juga, kali ini kekasih hatinya itu benar-benar mengambil berat dan menjaga diri Kinah. 

“Apa yang Cik Bunga dengar, kekasih barunya menjaga dan mengasihi Sakinah dengan seadanya. Dia terima Sakinah seadanya dan boleh melayan kepala ting tong pelakon itu.” 

Itulah laporan dari portal Utusan tentang kisah terkini Sharifah Sakinah. 

Sehingga kini belum lagi ada sebarang komen dari pihak Sharifah Sakinah sendiri tentang hal ini, ramai juga yang tak sabar nak lihat sendiri wajah kekasih baru Kinah ni.