Kini hubungan antara pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah dah pun terlerai. Masing-masing bersetuju berpisah dengan lafaz talak satu.
Maka Syamsul Yusof kini hanya mempunyai seorang isteri saja iaitu Ira Kazar, anak kepada penyanyi dan pelakon Kazar.
Sehingga kini memang jarang mendengar kisah serta update terbaru dari Ira dan keluarganya.
Namun melalui satu laporan Oh Bulan, kakak sulung kepada Ira iaitu Melur Kazar ada memberi sedikit update tentang keadaan family mereka ketika ini.
Kata Melur Kazar, adiknya itu kini berada dalam keadaan baik dan memang sihat-sihat saja.
Sungguhpun begitu banyak kata kurang manis yang dilemparkan dari warga maya, keluarga Kazar tak ada pun yang terjejas.
“Apa yang terjadi ni, saya percaya kami sekeluarga tak terkesan apa-apa pun, kami sekeluarga semua okey alhamdulillah.”
“Kami semua jalani kehidupan macam biasa dan tak ada yang lain pun.”
Melur juga mengatakan, Ira dan ayahnya iaitu Kazar sentiasa positif.
“Ira sama saja macam dulu, tak ada yang lebih tak ada yang kurang. Dia sentiasa positif. Dan ayah pula yang paling okay. Kalau ayah okay kami semua pun okay lah.”
Sementara itu, seorang lagi kakak kepada ira iaitu Yasmin Kazar pula berkata, untuk sambutan hari raya aidiladha ini, mereka sekeluarga menyambutnya secara sederhana saja.
“Raya Haji kami ni memang tak semeriah hari raya Aidilfitri pun. Kami tak ada kampung, memang asal dari sini, Kuala Lumpur.”
“Kami adik beradik akan kumpul dan akan beraya bersama-sama juga.”
Dari laporan portal berkenaan, ada juga yang bertanya sama ada Syamsul Yusof akan turut kumpul bersama, ini jawapan dari Yasmin.
“Tak ada perancangan lagi untuk beraya dengan Syamsul atau sebagainya, selalunya ianya hanya spontan saja semua.”
Dalam pada itu, kakak kepada Ira Kazar berkata, mereka memang sering membaca komen dari warga maya, namun telah diajar untuk bersabar dan tak perlu nak ambil peduli hal yang kurang baik, fokus pada yang positif saja.