Abang Qu tak nak terlibat kisah peribadi dengan DS Vida, tak tengok gaji RM10k

4,033 views

Abang Qu atau nama sebenarnya Syed Qusyairi, 26 tahun menyatakan, pendapatan sebanyak RM10 ribu yang ditawarkan bukanlah punca utama dia mahu menjadi pembantu peribadi kepada Dato Seri Vida.

Qusyairi yang lebih mesra disapa Qush oleh rakan-rakan berkata, wang bukanlah pendorong utama.

Apatah lagi, Qush sendiri sudah mempunyai pendapatan yang kukuh sebelum bergelar PA kepada Datuk Seri Vida.

Mengapa dia mahu menjadi PA Dato Seri Vida, bagi Qush, jawapannya ialah kerana dia mahu menimba ilmu dan pengalaman.

“Soal pendapatan itu saya letak di nombor tiga atau empat. Sebab itu bukan kenapa saya terima jawatan ini.”

“Bekerja dengan Dato Vida ni bukan kerana wang saja, yang lagi penting sudah tentulah pengalaman yang mahu saya mahu dan nak belajar.”

“Sebenarnya saya pun dah ada perniagaan sendiri dan ada pendapatan yang kukuh juga.”

Selain kerana mahu pengalaman dan belajar selok belok perniagaan, Abang Qu juga tertarik dengan sikap Dato Seri Vida itu sendiri.

“Saya nampak DSV seorang yang baik kepada para pekerjanya. Selalu saja buat amal dan bantu anak-anak tahfiz. Itu antara sebab saya tertarik untuk menjawat jawatan PA ini.”

“Kita pun tahu dan kenal memang beliau seorang yang sangat spontan terutama content di laman meda sosial.”

“Sungguhpun belia banyak berpengalaman, namun beliau sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima idea-idea baru demi menghasilkan produk baru.”

Abang Qu juga kini akan fokus dengan kerjayanya dan mahu berjaya dalam bidang perniagaan.

“Betul, sekarang ni saya kena lupakan masa untuk berseronok. DSV nak mengajar saya agar berjaya dalam business. Ini peluang terbaik saya.”

Terkenal dengan kisah peribadi, Abang Qu mahu membataskan hal berkenaan dan tak nak campur kisah peribadi DS Vida.

“Saya tahu nanti akan ada orang yang mahu kaitkan saya dengan kisah peribadi DSV. Sebagai pembantu peribadi beliau, saya sentiasa akan amalkan sikap profesional.”

“Nanti lama kelamaan, orang akan mula nampak hasil kerja kami.”

Itulah Sedikit kenyataan dari Abang Qu atau Qush kepada media.