“Lara Alana patah tangan kiri” Awal Ashaari

12,194 views

Ini satu berita yang abru diterima tentang anak kepada pasangan selebriti terkenal tanah air iaitu Awal Ashaari dan juga Scha Alyahya.

Anak sulung kepada pasangan ini iaitu Lara Alana telah alami patah tangan dan telah pun mendapatkan rawatan dari doktor.

Kanak-kanak yang berumur 7 tahun lebih ini dilihat sudah berbalut tangannya, di sebelah kiri.

Kejadian ini disahkan sendiri oleh bapa Lara Alana iaitu Awal Ashaari. Pengacara ini telah muatnaik beberapa keping foto yang menunjukkan tangan anaknya itu telah berbalut dan Lara sedang jalani pemeriksaan.

Di ruangan caption, Awal Ashaari memuji anaknya itu amat berani ketika menjalani pemeriksaan.

Puteri saya yang amat berani, Lara Alana.” Tulis Awal Ashaari.

Kemudian, ramai follower yang bertanya apa yang terjadi dan Awal telah pun menjawab mengatakan anaknya itu patah tangan.

Lara Alana patah tangan.” Tulis Awal Ashaari ringkas menajwab pertanyaan dari netizen.

Selepas itu ada juga yang bertanya mcam mana boleh tangannya patah. Kakak kepada Awal Ashaari iaitu Nurul Ashaari kemudian menjadi wakil menceritakan kejadian yang berlaku kepada ana buahnya itu.

Lara Alana terjatuh ketika bermain di kawasan rumahnya. Tangannya disahkan dah patah. Apapun Lara memang seorang yang amat berani.” Tulis Nurul Ashaari.

Kemudian Scha Alyahya juga ada muatnaik beberapa gambar ketika Lara Alana menjalani pemeriksaa xray.

Satu lagi xray, dan memang tengah cuak.” Tulis Scha Alyahya.

Kalau dilihat, jika tangan anak kecil patah, hanya cast atau plaster yang akan dipasang dikawasan tangan yang patah itu, dan ianya akan beransur pulih sendiri dalam beberapa minggu.

Diruangan komen, rata-rata follower mendoakan agar Lara Alana cepat sembuh.

“Kesiannya dia, speedy recovery ye Lara Alana.” Antara komen yang diberikan kepada Lara Alana.