“Acah-acah setia..” Shuk kena lagi

2,861 views

Pelawak terkenal Shuk Sahar seringkali dikaitkan dengan isu bermain kayu tiga dalam perkahwinannya dengan Rossa Sera.

Dengan kehadiran orang ketiga bernama Farah, sudah beberapa kali Shuk Sahar kantoi dan akhirnya rumah tangga yang dibina boleh diibaratkan umpama telur dihujung tanduk.

Dikhabarkan kes rumah tangga antara Shuk dan Rossa Sera sudah pun masuk mahkamah dan hanya menunggu perbicaraan saja.

Sudah jarang menerima tawaran bekerja, Shuk memang aktif di laman media sosial terutama untuk mengembangkan perniagaan minuman yang diusahakan olehnya.

Shuk seringkali membuat content di laman media sosial termasuklan di laman Instagram dan juga Tik Tok.

Yang paling latest, Shuk ada memuatnaik video pendek lakonannya bersama rakan pelakon iaitu Nazeera Sardi, yang mana Shuk kononnya menjadi lelaki yang setia pada wanita.

Video ini nampaknay menjadi tumpuan dan tular sehingga dah mencapai sejuta views

Dari video itu, Shuk berjalan bersama kekasihnya iaitu Nazeera dan kemudian ada seorang lagi wanita lain yang memberi nombor phone kepadanya.

Shuk dilihat kemudian telah membuang dan mencampak nombor phone yang diberikan itu.

Namun begitu, ternyata video lakonan dari Shuk Sahar yang memperlihatkan kononnya dia seorang yang setia itu mendapat komen yang kurang baik.

Rata-rata netizen menyindir dan memerli Shuk Sahar hanya acah-acah saja, kononnya seorang yang setia.

Ini antara komen yang diberi tentang video tersebut.

“Eleh nanti lepas tu, dia kutip balik nombor phone tu.”

“Dulu saya tak percayakan Shuk, namun lepas saja tengok video ni, dah jadi bertambah ketakpercayaan saya kepada awak Shuk.”

“Orang dah tak percaya dah Shuk. Sekali dua tak apa la, ini entah dah berpuluh-puluh kali.”

“Padahal dia sudah hafal nombor phone perempuan lain itu.”

“Dah terlambat dah Shuk.”

“Dia nak cakap dia setia ke, alahai acah-acah setia.”

Shuk Sahar dan Rossa Sera berkahwin pada tahun 2015 dan mempunyai dua anak, namun kini mereka dah tak tinggal sebumbung.