Empat tahun bercinta, Iman Troye tinggalkan kekasih.. Ada sebabnya

1,412 views

Masih muda remaja, cantik dan terkenal, sudah tentu ramai yang mahu mendekati gadis bernama Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin.

Penyanyi baru berumur 20 tahun ini akhirnya akui pernah menjalinkan hubugan selama empat tahun dengan seorang jejaka.

Namun akhirnya, dia telah menamatkan hubungan berkenaan kerana sebab tertentu.

Jelas Iman Troye, dia telah membuat keputusan untuk meninggalkan kekasih hati kerana mahu fokus dan memberikan sepenuh perhatian pelajaran dan juga kerjaya seninya.

Baginya memang hal yang bukan mudah untuk seimbangkan pelajaran, cinta dan kerjaya.

Faktor usianya yang kini masih muda juga antara sebab dia tak mahu terburu buru dalam menjalinkan hubungan.

“Semasa saya mula-mula masuk universiti dulu, saya ada juga nak rasa bercinta, tetapi bila dah berada di akhir pengajian, saya rasakan tak apa kalau tak bercinta. Sebabnya saya nak lebih fokus dengan tugasan dari lecturer saya dan fokus juga pada kerjaya saya.”

“Tipulah kalau cakap tak ada yang mendekati, sebenarnya saya dah pernah bercinta dengan seseorang selama empat semester, tetapi kini kami tidak lagi bersama sebab saya memilih untuk fokus pada pelajaran.”

Apabial ditanaya tentang identity atau siapakah jejaka berkenaan, Iman Troye tak mahu mendedahkannya.

“Untuk cerita atau dedahkan siapa pasangan saya, saya tak akan buat sedemikian sebab saya sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada masa akan datang.”

Ini pula komen dari Iman Troye tentang menjalinkan hubungan ketiaka belajar.

“Buat mereka yang nak atau mahu bercinta semasa belajar di university, itu sebenarnya pilihan masing-masing.”

“Mungkin mereka mempunyai sebab dan pendapat sendiri. Ada yang bercinta semasa belajar tetapi mereka dapat sokongan dari pasangan mereka.”

Itulah pendapat dari Iman Troye seperti yang dilaporkan oleh portal Metro.