Puteri Sarah Liyana angkat kereta mewah baru, bernilai RM250ribu

5,113 views

Pelakon popular Puteri Sarah Liyana mampu berbangga terhadap pencapaian diri sendiri kerana telah memiliki sebuah kereta mewah hasil usaha kerasnya bekerja.

Puteri Sarah baru saja membeli sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz A-Class yang bernilai lebih kurnag dalam lingkuangan harga RM250 ribu.

Semua ini merupakan hasil usaha dan keringatnya sendiri, yang mula kembali bekerja sejak kebelakangan ini.

Semalam Puteri Sarah telah ke pusat dealer kereta, untuk mengambil kereta Mercedes Benz yang berwarna kelabu itu.

Pelakon berumur 37 tahun ini turut datang membawa kedua orang anaknya ketika pergi mengambil kereta baru miliknya tersebut.

“Okey guys, Sarah kat DTC Motor, Sarah nak ambil kereta baru Sarah, tak sabarnya. Kereta baru yang Sarah beli hasil usaha kerja, dengan duit Sarah sendiri ye.”

Menerusi satu laporan di Harian Metro, Puteri Sarah menceritakan dia kembali aktif dalam bidang seni sekitar bebeapa tahun yang lalu dan mula mencari duit sendiri.

“Syukur sangat, mula-mula lima tahun Sarah hanya bergelar sebagai suri rumah, kini saya bangkit dengan kembali bekerja. Sejak tahun lepas saya mula kembali aktif semula dalam bidang lakonan dan ada buat beberapa perniagaan. Hasil titik peluh itulah akhirnya saya mampu membeli kereta idaman saya ni.”

“Mungkin orang akan melihat kereta ni biasa saja, tetapi bagi saya ianya dah cukup bermakna. Saya nak buktikan pada orang ramai yang selama ini asyik berkata bahawa saya ni hanya bergantung harap pada duit suami.”

“Setelah saya berjaya beli kereta ini dengan hasil usaha dan kerja keras diri sendiri, saya berasa amat terharu dan sebak dibuatnya. Memang saya tak sangka juga saya boleh sampai ke tahap ini. Terima kasih keluarga, kedua ibu bapa dan mentua serta anak-anak saya.”

Puteri Sarah Liyana syukur kerana sehingga sekarang tawaran lakonan memang datang tak putus-putus, satu rezeki buat dirinya.