“Ada beberapa individu toksik” Pendedahan bapa Zahirah, Zainol Macwilson

908 views

Pasangan suami isteri Aiman Hakim Ridza dan juga Zahirah Macwilson menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke empat baru-baru ini. 

Zahirah dan Aiman masing-masing memberi ucapan antara satu sama lain di media sosial. 

Zahirah juga ada muatnaik video lama antara dirinya dan juga Aiman. 

Tulis Zahirah, dia akan sentiasa memilih Aiman. 

Ramai yang menulis selamat anniversary kepada pasangan ini dan mendoakan agar mereka akan bahagia selalu. 

Namun ada satu komen yang menjadi perhatian iaitu dari bapa kepada Zahirah iaitu Zainol Macwilson. 

Zainol mendedahkan, ketika majlis perkahwinan anaknya itu, ada satu kejadian yang berlaku. 

Kejadian yang tak diingin itu terjadi kerana kehadiran individu toksik di majlis berkenaan.  

Ini pendedahan dari Zainol.  

“Allahuakbar, papa terlupa nak ucap selamat ulang tahun yang ke empat kepada kakak dan juga Aiman.”  

“Pernikahan ni, papa sendiri yang walikan pada 20 Februari 2020, itu pun boleh lupa.” 

“Apapun, papa happy kepada kamu berdua, naluri seorang ayah, dapat baca betapa ikhlas cinta antara kamu berdua.”  

Ini cerita Zainol tentang kisah toksik yang terjadi.  

“Pada malam kakak dan Aiman diijabkabulkan, papa nyaris nak mencemarkan majlis sebabnya dengan kehadiran beberapa individu toksik.”  

“Namun syukur alhamdulillah dengan penuh sabar dan sayangkan anak serta bakal menantu pada malam itu, papa tarik nafas dan beristighfar.” 

“Dalam pada yang sama, papa gadaikan maruah demi anak dan juga menantu.” 

Ini komen penuh dari Zainol. 

Tidak diceritakan oleh Zainol secara terperinci tentang apakah kejadian yang terjadi. 

Namun Zainol amat bersyukur kerana Zahirah dan Aiman disatukan, kerana mereka amat bahagia ketika ini. 

Zainol berkata, pilihan anaknya memilih Aiman sebagai suami memang amat tepat sekali. 

Apapun diucapkan, happy anniversary buat Zahirah Macwilson dan juga Aiman Hakim Ridza, semoga bahagia selalu.