Melalui satu entry di laman IG milik ibu tiri arwah Siti Sarah Raissuddin, iaitu Siti Fatimah Suberi, isteri kepada Raisuddin ini memberitahu ada pihak yang menulis mesej kepadanya untuk memberi nasihat tentang hukum hakam hubungannya dengan Shuib.
Ada individu yang menulis mesej di IG kepada Siti Fatimah Suberi yang mengatakan dia lihat Shuib ini agak segan dengan ibu mertuanya itu.
Individu itu memberi kepada Siti Fatimah artikel tentang hubungan ibu mertua tiri dan menantu.
Siti Fatimah yang lebih mesra dipanggil dengan nama Makder berkata, tiada istilah Shuib malu dengannya, tetapi Shuib sebenarnya menghormatinya.
“Agak terkejut saya setelah terbaca mesej ni. Sebenarnya tak ada istilah segan kerana kami semua adalah keluarga. Tak ada pun wujud istilah menantu tiri ke, menantu kandung ke, menantu betul ke, menantu tipu ke, Shuib adalah keluarga saya.”
“Anak-anak mereka semuanya cucu saya. Saya yang bersama-sama menjaga mereka sejak dari lahir sampai sekarang ni.”
“Mungkin ada orang yang nampak dan kata Shuib ni macam segan dengan saya namun sebenarnya kami saling menghormati.”
Makder juga ada mengatakan, dia dah lama kenal dengan Shuib, sebelum arwah Sarah berkahwin dengan Shuib lagi. Malah Siti Fatimah juga individu yang temani Sarah ketika berjumpa dengan Shuib ketika itu.
“Dulu semasa arwah Sarah pergi dating dengan Shuib dulu-dulu pun, saya yang selalu temankan. Ingat lagi ketika pertemuan pertama Sarah dan Shuib, ianya lebih kurang 12 tahun yang lalu. Masa tu pun saya ada, temankan arwah.”
“Bukannya malu dan juga bukan segan tetapi hormat. Saya minta semua dapat doa yang baik-baik kepada family kami.”
Bapa arwah Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah telah berkahwin dengan Siti Fatimah Suberi pada tahun 2007. Kemudian, Sarah dan Shuib pula berkahwin pada tahun 2011.