Nynaa Harizal dan suami berpegangan tangan di mahkamah, kembali berbaik

10,550 views

Kisah perkahwinan antara pelakon Nynaa Harizal dan suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas dilihat seperti sudah pun menemui penyelesaian.

Kedua-dua mereka dilihat hadir ke mahkamah bersama-sama dengan kenderaan yang sama sekitar jam 9 pagi tadi.

Nynaa dan Fahmi Ilyas turut dilihat berpegangan tangan ketika di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi tadi.

Mereka hadir untuk sebutan kes tuntutan nusyuz yang difailkan oleh Fahmi ke atas Nynaa.

Didepan hakim, mereka bersetuju untuk kembali berbaik. Ini pula nasihat dari hakim Muhammad Yusof Sulaiman.

Jika di pagi tak bercakap, di belah waktu petang itu dah kena geletek isteri, biarlah ada komunikasi.” Itu antara nasihat tuan hakim yang turut menyatakan berbincang dalam perkahwinan merupakan jalan penyelesaian yang paling baik.

Melalui satu kenyataan dari peguam, dikatakan hubungan perkahwinan mereka telah berjaya diselamatkan dan tidak ada nusyuz. Ini komen peguam.

“Pada hari ini di depan hakim, kita berjaya rekodkan penyelesaian serta kata setuju antara kedua belah pihak.”

“Terma-termanya akan dinyatakan kelak dalam satu sidang media yang akan dibuat nanti. Salah satunya ialah kedua-duanya dah setuju untuk berbaik semula.”

“Oleh itu tak ada lagi isu, tak ada lagi nusyuz, dan kini semuanya kembali taat. Pasangan ini pun hadir bersama dengan baik. Syukur perkahwinan mereka dipelihara dengan izin Allah.”

Fahmi kemudian menyatakan bahawa mereka akan buat satu sidang media khas tentang hal ini untuk menjelaskan apa yang terjadi.

“Peguam saya cakap itu adalah benar, kami akan buat satu sidang media dalam masa yang terdekat. Semuanya akan dijelaskan, tentang situasi kami, kalau kalian semua minat Bollywood, ini macam drama Bollywood.”

Semasa press conference nanti, boleh lah tanya sebarang soalan.” Itu antara kata-kata dari suami Nynaa Harizal.

Kita tunggu kenyataan di sidang media yang akan diadakan dalam masa terdekat nanti. Apapun, Nynaa dan Fahmi Ilyas hadir ke mahkamah bersama-sama, sambil berpegangan tangan, dan ianya memang satu tanda yang baik.

Fahmi Ilyas dan Nynaa Harizal, yang merupakan finalist Dewi Remaja telah bernikah pada 28 Ogos 2021, baru saja lebih kurang tiga bulan lebih bergelar seuami isteri.