“Ada peserta GV musim ini yang berhati tisu” Datuk Fazley Yaacob

819 views

Gegar Vaganza musim ke sebilan baru saja bermula pada hari Ahad yang lalu. Minggu pertama berlangusmg dengan meriah denagn kesemua bintang menyanyikan lagu masing-masing. 

Dengan bermulanya program Gegar Vaganza musim baru ini, bekas peserta musim lalu iaitu Datuk Fazley Yaakob memberi pandangannya. 

Katanya, dia tahu ada peserta musim ini, yang mempunyai hati tisu. 

Oleh itu, Fazley Yaacob telah tampil menasihati kepada semua peserta musim ini, untuk ambil kisah tentang laman media sosial masing-masing. 

Penyanyi yang juga chef selebriti ini memberi cadangan agar kesemua peserta yang bertanidng perlu ada team, khas untuk membaca dan menapis komen kurang baik dari orang luar. 

“Saya tahu ada antara peserta Gegar Vaganza musim ini yang berhati tisu dan rapuh. Saya memang kenal dan rapat dengan beberapa peserta musim ini.” 

“Oleh itu saya berpesan, kalau peserta tu tak kuat jangan baca sebarang tweet di Twitter atau komen di laman media.” 

“Janganlah mereka ini hanya buat persediaan dengan vokal saja tetapi mereka kena ambil tahu hal yang berlaku di media sosial.” 

“Para peserta digalakkan mempunyai pasukan media sosial yang boleh baca dan kemudian memadam sebarang komen tak elok dari warga maya.” 

Kata Fazley Yaacob, kadangkala, ada komen yang boleh membuat seseorang itu jatuh dan lemah sekiranya mereka tak kuat. 

“Jangan sesekali lemah semangat hanya disebabkan ada komen tak berapa best dari orang lain. Dan jangan juganak reply atau membalas komen itu sebab itu bukan cara yang bagus.” 

Selain itu, Datuk Fazley Yaacob juga terbuka dengan konsep untuk musim ini yang memberi peluang kepada beberapa artis yang masih aktif. 

“Program seperti ini, bukan saja dapat bantu artis suam-suam kuku, tetapi ianya satu platform pertandingan.” 

“Saya pun pernah masuk, saya tahu ii satu pertandingan yang benar. Oleh itu kalau pertandingan, tak semestinya peserta tu kena suam kuku untuk berada atas pentas. Semua penyanyi ada kekuatan masing-masing.” 

Itulah pendapat dari Fazley Yaacob tentang Gegar Vaganza musim ke sembilan ini.