Ada yang tanya, nak beli kening Uyaina Arshad, macam ulat bulu.. Ini respon Uyaina

2,642 views

Buat masa sekarang ni, antara pelakon wanita yang kini semakin dikenali ramai dan mula dapat perhatian peminat hiburan tanah air ialah pelakon bernama Uyaina Arshad.

Kerjaya pelakon berumur 28 tahun yang berasal dari Kuala Kangsar Perak ini semakin hampir berada di kemuncak nya dengan beberapa drama lakonan Uyaina telah berjaya menjadi hit.

Antara drama lakonannya yang berjaya mendapat rating yang baik ialah Lelaki Kiriman Tuhan, Perempuan Tanpa Dosa dan yang terbaru Love Elsa.

Kalau cakap pasal Uyaina, antara trademark dan yang ramai ketahui ialah dia memiliki kening yang agak tebal, dan ianya ciri yang membuatkan Uyaina cantik.

Seperti seorang lagi pelakon iaitu Elfira Loy, kening Uyaina juga boleh dikatakan asset unik kepada dirinya.

Akan tetapi, ada sesuatu yang lawak apabila ada yang bertanya macam mana nak miliki kening sedemikian dan adakah ianya boleh dibeli. “Kening macam tu boleh beli di mana?” Tanya seorang followernya.

Terhibur dengan soalan berkenaan, Uyaina telah melayan dan tampil memberi respon. Uyaina berkata kening sepertinya itu boleh dibeli secara online.

Okey ni senang je guys, pergi kat kedai online, kemudian taip nak beli kening ulat bulu, tengok ada macam-macam pilihan kat situ, pilih satu, kemudian buat pembayaran. Dan kemudian dalam tempoh satu minggu. Akhirnya kening macam ini akan sampai.

Gurauan dari Uyaina itu mendapat reaksi dari para followernya yang rata-rata terhibur. Malah ada yang berseloroh cuba nak beli tapi tak berjaya.

Ini antara komen balas peminatnya: “Dah penat saya cari kening ulat bulu macam Uyaina tapi ada pun. Ulat bulu lain ada la.

Video kening ulat bulu Uyaian Arshad itu sudah ditonton lebih 200 ribu views dan menerima 18 ribu tanda suka.