“Bunga insyaallah ada, doakan kami.” Komen berkenaan diberi oleh Haris Ismail atau lebih mesra dikenali dengan nama PU Riz semalam, ianya ringkas saja.
Soalan berkenaan ditanya secara live di rancangan Sembang Viral oleh pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor kepada Pu Riz tentang sama ada adakah benar, Neelofa kini sedang berbadan dua.
Sebenarnya temu bual itu membincangkan tentang tajuk berkenaan hijab dan hijrah akan tetapi, Datuk Rosyam Nor sempat mengambil peluang bertanya soalan yang memang ramai nak tahu itu.
“Sudah ada berbunga-bunga, nak ada anak ke?” Tanya Rosyam Nor secara terbuka dan spontan kepada Pu Riz.
Mengambil pendekatan tidak buat penafian mahukan buat pengesahan, Pu Riz aku telah mencuba dan telah minta orang ramai untuk mendoakaan dirinya dan isteri tentang hal berkenaan.
“Kita dah mencuba. Bunga-bunga (anak), insyaallah ada, doa-doakanlah yang terbaik.” Itu dia jawapan ringkas dari Pu Riz.
Kemudian Datuk Rosyam Nor ada meminta kemunculan Neelofa untuk para penonton, namun kata Neelofa next time.
Rosyam kemudian bergurau, ini katanya: “Ni Lofa kau dah janji ye, next time. Ni kalau dah ada bunga-bunga, boleh sorok, sebab kita live sampai kat sini saja (paras dada, tak nampak bahagian perut”. Boleh sorok, tak nampak.“
Datuk Rosyam kemudian mendoakan agar Lofa dan Riz akan dipermudahkan untuk menerima kehadiran ahli yang baru. “Kebahagiaan suami isteri ialah menerima zuriat, saya doakan agar Riz dan Lofa akan cepat dapat zuriat. Diu cantuman wajah ini akan lahirkan anak yang istimewa, insan yang cantik atau handsome.“
Sungguhpun Pu Riz hanya memberi komen yang masih belum mengesahkannya, di ruangan komen, dilihat rata-rata peminat dan netizen telah memberi ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan.
Malah tak kurang juga ramai yang mendoakan agar segala urusan Neelofa dan Pu Riz dipermudahkan.
Kisah kehamilan Neelofa ini mula digembar gemburkan setelah ada beberapa foto Neelofa memperlihatkan seakan dah nampak baby bump. Ada juga foto yang mana Neelofa dilihat seakan cover bahagian perutnya.
Sampailah di saat ini, pasangan ini masih tidak mahu berbicara tentang hal ini secara terbuka dan kunci mulut.
Diimbas kembali Neelofa, 32 tahun telah berkahwin dengan penceramah bebas Pu Riz, 26 tahun, di sebuah hotel pada 27 Mac tahun ini. Kita tunggu saja, jika hal ini benar, nanti mereka akan beritahu, kemungkinan kini masih baru awal lagi untuk dihebahkan.