Hubungan antara Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad Iqbal sememangnya tidak mendapat restu dari Cik B.
Anak gadis Datuk Seri Vida ini akui bahawa dia memang tak setuju langsung kalau mereka berdua mahu mendirikan rumah tangga.
Jelas Cik B lagi, jarak umur mereka amatlah jauh dan melabelnya bagaikan ada udang disebalik batu.
“Saya teramat sangat kurang setuju (perkahwinan mama dan Iqbal). Mama dah tua umurnya, manakala abang Iqbal pula umur baru 27 tahun.”
“Macam manalah abang Iqbal tu boleh suka pada orang tua. Mesti ada sebab lain tau. Saya pun kurang setuju kalau mama rancang mahu ada anak lagi. Cukuplah kami dua beradik (Cik B dan Kacak). Mama ni kalau dia tengah jatuh cinta, dia memang cinta buta.”
Kenyataan ini dinyatakan oleh Cik B melalui rancangan Melodi seperti yang dilaporkan oleh portal Kosmo.
Berbicara tentang hubungannya dengan Iqbal, Cik akui dia memang tak rapat dan sering berkelahi.
“Hubungan antara saya dengan abang Iqbal memang tidak baik. Kami berdua selalu berkelahi. Malah kalau gaduh tu bukan gaduh biasa. Lagi pula, sebenarnya mama pun selalu berkelahi dengan dia.”
“Hubungan kami memang teramat renggang. Dah saya tak mahu komen lanjut, memang banyak nak cakap tapi simpan sajalah.”
Jelas gadis berumur 16 tahun ini, pada mulanya dia ingat hanya gimik, tapi tak sangka semakin lama ianya macam semakin jadi kenyataan.
“Jujur saya ingat marketing saja, tapi nampak macam betul sekarang ni. Ya Allah takutnya, tapi harapnya ini semua marketing saja.”
“Saya tak mahu ada ayah baru. Cukuplah dah ada lima orang ayah sebelum ini. Tapi kalau jodoh mama dengannyya saya harap mama akan gembira, ikutlah mama lah dia mahu buat apa pun. Apapun saya ni memang tak mahu mama kahwin dengan abang Iqbal.”
Itulahg komen dari Cik B tentang kisah perkahwinan yang sedang dirancang oleh Datuk Seri Vida dan juga Ahmad Iqbal.