Adegan berpelukan dengan Intan Najuwa, akhirnya Aliff Aziz tampil beri jawapan

9,834 views

Sebelum ini agak bising juga orang ramai setelah melihat adegan antara Aliff Aziz dengan Intan Najuwa yang berpelukan.

Walaupun hanya dalam drama, adegan itu masih dipersoalkan memandangkan Aliff Aziz dilihat seakan sudah berhijrah dan mendekatkan diri dengan agama.

Aliff Aziz dilihat tidak memberi respon tentang hal ini, rupanya kerana menguruskan anak-anak yang tidak sihat.

Akhirnya, menerusi satu video live, Aliff Aziz tampil memberi komen tentang adegan dan babak dengan Intan Najwa itu.

Sesi yang berlangsung pada hari Sabtu lalu, Aliff dilihat tenang saja dalam memberi kenyataannya. Aliff menerima komen yang dilemparkan dan akui dia hanya manusia biasa.

“Saya mahu memberi penjelasan di sini bahawa saya ni pun manusia biasa saja. Namun ianya bukanlah satu alasan sebab seperti yang ada pihak katakan bahawa niat dan matlamat memang tak menghalalkan cara. Saya setuju seratus peratus, setuju sepnuhnya.”

“Ramai orang yang sayangkan saya. Bersyukur pada Illahi, dihantar ramai orang untuk menegur dir isaya ini.”

“Hidup ini penuh ujian dan ini satu ujian pada saya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang mendoakan dan menyayangi saya. Ini satu teguran kepada saya agar jadi lebih berhati-hati.”

Aliff Aziz akui dirinya turut dilabel sebagai penunggang agama.

“Pelbagai komen saya dapat, tak apa itu hak masing-masing. Sampaikan ada yang cakap saya ni tunggang agama, dan saya masih belum berubah.”

“Saya ni berdakwah bukan sebab saya orang alim atau warak. Memang banyak kisah silam. Banyak kena baiki dan pelajari. Memang semua orang nak jadi baik akan tetapi perjalanan kita berbeza.”

Dari sesi live itu juga, Aliff Aziz mengambil peluang memohon kemaafan kepada semua yang terasa.

“Niat dan matlamat tak menghalalkan cara dan saya kena peka. Saya minta maaf kepada semua jika terasa dan ada yang hampa.”

Itulah penjelasan dari Aliff Aziz tentang adegan dengan Intan Najuwa itu.