Ini perkembangan terkini tentang pelakon, Puteri Sarah Liyana. Sebelum ini Puteri Sarah ada membawa kes dengan wanita bernama Ira Kazar dikatakan menjadi orang ketiga dalam perkahwinannya dengan Syamsul Yusof.
Kes Puteri Sarah ini sedang berjalan di mahkamah dan mendapat tumpuan dari orang ramai. Belum pun habis kes berkenaan, kini Puteri Sarah telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lagi individu.
Melalui satu entry di laman media sosial miliknya, Puteri Sarah muatnaik beberapa gambar yang mana menyatakan dia telah mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu.
Individu tersebut telah menulis komen dan menuduh perkara yang tidak benar terhadap Puteri Sarah.
Antara komen yang ditulis ialah individu itu mendakwa Puteri Sarah mengajak orang ramai untuk menzahirkan rasa tidak suka kepada Ira Kazar.
Individu itu juga menuduh, Puteri Sarah tidak melepaskan suaminya sebab kaya raya selain hanya menyalah penyondol saja.
Kemudian Puteri Sarah juga dilabel telah membuka pekung serta aib orang lain. Ini antara kenyataan dari pihak berkenaan.
Jelas Puteri Sarah, melalui peguamnya, dia telah menghantar notis saman terhadap individu itu yang hanya pandai buat spekulasi sendiri, tanpa ada bukti.
“Awak ni dah keterlaluan, jauh sangat ni, tunggu surat dari lawyer saya.” Tulis Puteri Sarah
Tindakan undang-undang ini telah diambil oleh Puteri Sarah agar ianya menjadi pengajaran kepada orang lain, jangan sewenang wenangnya nak buat cerita.
“Ini merupakan satu pengajaran kepada orang yang di luar supaya jangan hanya nak buat sebarang spekulasi berdasarkan apa yang kalian lihat dan dengar saja tanpa bukti.”
“Jangan nak buat cerita tentang diri saya. Sila menjaga kata-kata dan jaga family sendiri saja. Jika ada pendapat, lebih baik bercerita kepada orang sekeliling saja atau simpan pada diri sendiri saja.”
Itulah pesanan dari Puteri Sarah Liyana tentang kes menyaman seorang individu ini.